Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Datuk Sosilawati, Pekerja Ladang Kekal Ke Tali Gantung

Pembunuh jutawan komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kekal berhadapan dengan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan.

Menurut laporan Buletin TV3, keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan hukuman mati dikekalkan kepada dua pemohon, iaitu N Pathmanabhan, 55, dan T Thilaiyalagan, 33.

“Permohonan ditolak, hukuman gantung dikekalkan,” katanya yang bersidang bersama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Foto:  Berita Harian

Dua pemohon tersebut memohon hukuman mati itu diganti dengan hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa pada 4 Julai 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali bagi pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun.

Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, seorang lagi pemohon R Kathavarayan, 44, yang pada mulanya memfailkan permohonan semakan sama, menarik balik permohonan terbabit.

Foto: Harian Metro

Justeru, hukuman mati terhadap bekas pekerja ladang itu kekal seperti diputuskan Mahkamah Persekutuan pada 16 Mac 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Tetralina Ahmed Fauzi, manakala peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan serta Thilaiyalagan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad.

Foto: Utusan Malaysia

Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada semua perayu selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting, Selangor antara jam 8.30 dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 4 Disember 2015, Pathmanabhan, R Matan, 33; Thilaiyalagan dan Kathavarayan gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Foto: Gempak

Dua tahun kemudian, iaitu 16 Mac 2017, Pathmanabhan, Thilaiyalagan, dan Kathavarayan kekal ke tali gantung selepas sekali lagi rayuan mereka ditolak Mahkamah Persekutuan.

Namun begitu, Matan bernasib baik apabila rayuan pekerja ladang itu dibenarkan dan dia dilepas dan dibebaskan oleh lima panel hakim yang bersidang kerana kekurangan bukti berhubung kes pembunuhan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd