Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keropok Beracun: Pekebun Direman Enam Hari, Dakwa Bungkusan Diikat Tinggi

Seorang pekebun ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan membabitkan kes kematian seorang kanak-kanak selepas mangsa disyaki memakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Menurut satu laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, penahanan lelaki berusia 33 tahun itu di Lubuk Buntar, Bandar Baharu, pada petang semalam bagi membantu siasatan polis.

Foto: Astro Awani

“Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Padang Ubi itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesalahan dadah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun,” katanya.
Sementara itu, menurut satu laporan Berita Harian pula, abang suspek, Am, 35, mendakwa adik lelakinya yang juga seorang penternak lembu ditahan untuk membantu siasatan lanjut ketika menyerah diri di Balai Polis Kulim, semalam.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Am juga mendakwa bahawa mustahil dua kanak-kanak yang baru berusia dua dan tiga tahun itu mampu mengambil makanan ringan tersebut dengan mudah kerana diikat dengan ketat menggunakan tali tangsi pada pagar kebun dan diletakkan pada ketinggian lebih 1.2 meter.

“Agak mustahil keropok yang dicampur racun itu mampu dicapai kanak-kanak kecil.
“Bagi saya, sama ada ia diambil orang yang lebih besar atau dijatuhkan oleh kera liar sebelum diambil dua kanak-kanak itu dan makan,” katanya.

Am yang juga ahli keluarga kepada dua kanak-kanak berkenaan turut hadir pada majlis pengebumian mangsa, Muhammad Akil Syauqi, 3, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan malam tadi.

Foto: Berita Harian

Untuk makluman, Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad membenarkan permohonan reman ke atas lelaki itu yang juga pemilik kebun berkenaan bermula hari ini hingga 17 Julai depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli), Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd