Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kerjasama Ditolak, Tun M Kata Muhyiddin Nak Jadi PM Kali Kedua – “Bukan Main Sombong”

Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali lagi gagal apabila ditolak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan BH Online, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu menjelaskan, ia kerana PN dilihat telah merancang untuk bertanding di banyak kerusi parlimen.

Malah, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dikatakan masih berminat bagi menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua.

“Kita pun fikir tak apa, walaupun dia (Muhyiddin) pernah tikam belakang saya, tapi untuk bangsa, negara dan agama, saya sanggup rendahkan diri untuk kerjasama bersama dia.
“Tapi bila kita cuba kerjasama bersama PN, dia jawab tak nak kerjasama. Bukan main sombong, konon dia boleh menang…
“…bila letak calon di 222 kerusi parlimen dan dia boleh jadi Perdana Menteri kali kedua,” kata bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu malam tadi.

Melihat kepada situasi tersebut, warganet mempersoalkan bagaimana parti lawan mahu bergabung untuk menjatuhkan UMNO jika kedua-duanya dilihat saling ‘merebut’ jawatan Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana mungkin negara dipimpin dua Perdana Menteri serentak? Justeru, rata-rata warganet menyindir kenyataan Tun M sekiranya beliau sendiri yang berminat untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Diri sendiri nak jadi Perdana Menteri? Cukup-cukuplah

Yang pasti Barisan Nasional (BN) jadi pilihan!

Tragis juga, semua parti tolak kerjasama

Mengaku je la Tun…

Dua-dua sama je nak jadi Perdana Menteri

Sementara itu, Tun M yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menyifatkan Muhyiddin sukar untuk kembali menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua.

Beliau berkata, ini kerana PN tidak akan menang 111 kerusi parlimen dengan mudah apatah lagi Muhyiddin hanya pernah berkhidmat selama setahun.

“Dia masih minat nak jadi Perdana Menteri, tapi PN tak akan boleh menang 111 kerusi. Dia bukan jaguh yang berkhidmat bertahun-tahun dan menyumbang kemajuan negara.
“Bila dia jadi Perdana Menteri, dia hanya minta penyokong saya menyokong dia agar dia menjadi lebih kuat.
“Walaupun penyokong saya kini tinggal tiga orang sahaja, kami tak akan sokong orang yang pernah mengkhianati kita,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama dengan GTA seperti dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi PH akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.
“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” kata Saifuddin.

Sumber: BH Online (M Hifzuddin Ikhsan)

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang peserta wanita dari Indonesia ditegur oleh seorang ulama tersohor dalam bidang tajwid iaitu Syeikh Ayman Suwaid...

Sukan

Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy mendapat perhatian orang ramai setelah fotonya dipercayai bersama kekasih, Daniela Dela Pisa yang juga merupakan atlet gimnastik...

Spotlight

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sang Yeob telah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya di Jamsil, Seoul pada Ahad. Menurut laporan Pinkvilla, majlis tersebut hanya...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.