Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Petrol, Usaha Kecilkan Fisikal Negara

Kerajaan mengumumkan keputusan pengurangan subsidi petrol akan tetap diteruskan sebagai usaha mengecilkan defisit fiskal negara hari ini.

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi petrol tersebut secara berperingkat dengan risiko inflasi akan meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.

Foto: ecentral.my

“Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol).
“Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi memastikan ia berjalan lancar dan telah menjangka akan timbulnya ketidakpuasan hati beberapa pihak berkenaan hal tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya).
“Sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan kelompongan sebaik mungkin,” ujar beliau.

Rafizi turut memberitahu bahawa nilai ringgit yang terus menyusut sama sekali tidak menjejaskan minat pelabur asing serta tidak akan menghalang matlamat kerajaan untuk melaksanakan dasar berkenaan.

Foto: The Star

“Setakat ini, kami tidak melihat turun naik ringgit mula memberi kesan negatif kepada penstrukturan semula jangka panjang,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan inflasi keseluruhan 2024 dijangka berada antara dua hingga 3.5 peratus selepas mengambil kira potensi kenaikan rasionalisasi subsidi terutamanya petrol.

“Rasionalisasi subsidi bahan api dan seterusnya pelarasan harga bahan api mesti dibuat secara berperingkat bagi mengimbangi kesannya terhadap inflasi, yang dijangka kembali meningkat kepada 3.0 peratus tahun depan berbanding anggaran 2.6 peratus pada tahun ini,” katanya.

Foto: FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour sebelum ini berkata strategi pelaksanaan yang baik dengan bantuan tunai bersasar akan membantu mengurangkan kesan implikasi jangka pendek terhadap pertumbuhan dan inflasi negara.

Sumber: Buletin TV3

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden melibatkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas mungkin disebabkan pelanggaran titik kritikal pada struktur pesawat berkenaan. Memetik laporan Bernama, perkara itu...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Nasional

Carum dan daftar Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dikuatkuasakan sebagai prasyarat baru untuk sebarang kelulusan permohonan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) atau lesen daripada Perbadanan Kemajuan...

Spotlight

Ketegangan meningkat antara HYBE dan Ketua Pegawai Eksekutif ADOR, Min Hee Jin, berikutan tuduhan mengenai kumpulan K-pop baru, ILLIT yang didakwa meniru NewJeans dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd