Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Setuju Secara Prinsip Laksana Tahanan Rumah Untuk Banduan

Kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention) untuk banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

Tahanan rumah untuk banduan

Artikel lain: “Kita Boleh Guna Bekas Banduan Untuk Gantikan Pekerja Asing” – Sivakumar

“Perlu disemak apakah ia memadai dengan meminda undang-undang sedia ada atau ada keperluan untuk gubal undang-undang baharu di bawah kuasa Ketua Pengarah Penjara atau Menteri KDN.
“Saya tugaskan Ketua Setiausaha KDN (Datuk Ruji Ubi) untuk buat semakan dan beri maklum balas… perkara ini mesti disegerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 yang bertemakan “Reformasi Koreksional Membangun Peradaban” di Kompleks Penjara Puncak Borneo, di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, penghuni penjara yang terlibat bagi program berkenaan terdiri daripada individu yang berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung.

“Kalau yang disabitkan kesalahan itu melibatkan mereka dari kategori ini, kita lihat adalah lebih manusiawi kalau letak mereka di luar dan bukan dalam tembok (penjara) jadi untuk itu mereka boleh kita pasangkan gajet kepada mereka untuk kita laksanakan home detention,” katanya.

Saifuddin berkata, menerusi program sedemikian seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib serta Program Pemulihan Pemasyarakatan, kerajaan bukan sahaja dapat menangani masalah kesesakan penjara malah ia sebagai langkah penjimatan kepada negara.

Katanya, program yang telah dijalankan sebelum ini memberi impak positif dengan statistik menunjukkan daripada 800 yang dibebaskan, hanya seorang yang dimasukkan semula ke dalam penjara.

Terdahulu, beliau membacakan teks ucapan perasmian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bagi majlis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam ucapan berkenaan, Fadillah berkata, Institusi Penjara Sarawak diumumkan sebagai penerima Anugerah Penjara Negeri Cemerlang Tahun 2023 berikutan pencapaian cemerlang bagi empat petunjuk prestasi utama (KPI) standard antarabangsa dalam pengurusan sistem koreksional dan kepenjaraan.

“Empat KPl yang ditetapkan iaitu kadar residivis (jenayah berulang) sebanyak 12.7 peratus, jumlah reman sebanyak 13.5 peratus dan kadar kesesakan sebanyak -13.2 peratus, jauh lebih baik berbanding tahap standard antarabangsa iaitu 20 peratus.
“Sementara kadar pemenjaraan pada 119 per 100,000 penduduk berbanding standard antarabangsa iaitu 145 per 100,000 penduduk,” katanya.

Sambutan Hari Penjara hari ini adalah untuk menghargai kakitangan serta orang ramai yang telah menyumbang khidmat bakti kepada Jabatan Penjara.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd