Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Berbincang Dengan PBB Berhubung Situasi Di Lubnan

Kerajaan akan berbincang dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) berhubung serangan Israel ke atas Ibu Pejabat Pasukan Interim PBB di Lebanon, pada 10 Oktober lalu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penglibatan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 adalah di bawah panji-panji dan mandat PBB.

“Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Kementerian Luar Negeri akan berhubung dengan PBB melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan bertugas selari dengan mandat yang diperuntukkan.
“MINDEF juga akan terus memantau dengan dekat perkembangan terkini di Lubnan. Tindakan seterusnya akan diputuskan oleh kerajaan setelah berbincang dengan UNIFIL dan PBB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Bernama

Beliau berkata, tugas dan tanggungjawab pasukan MALBATT 850-11 adalah tertakluk kepada protokol dan peraturan yang telah ditetapkan oleh UNIFIL.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MINDEF akan mematuhi segala ketetapan dan keputusan yang diputuskan oleh UNIFIL dan PBB tentang peranan UNIFIL selanjutnya di Lubnan,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Israel perlu menghormati mandat tersebut dan tidak mengheret UNIFIL ke kancah konflik Israel – Hezbollah.

“Serangan ke atas anggota UNIFIL adalah serangan terhadap PBB dan masyarakat dunia. Ia adalah perbuatan yang melanggar segala norma undang-undang antarabangsa dan sangat tidak bertamadun,” katanya lagi.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd