Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenaikan Tarif Elektrik: Gerakan Gesa Kerajaan Minta Penjelasan Dari TNB

Presiden Gerakan Dominic Lau menggesa kerajaan menjelaskan tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai kenaikan tarif elektrik tanpa kelulusan kerajaan.

Memetik laporan Malaysiakini, Lau berkata dokumen TNB kepada Bursa pada 26 Disember menyatakan kerajaan telah meluluskan pelarasan tarif asas kepada 45.62 sen per kWh untuk Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) 2025-27 dengan cadangan pelaksanaan mulai 1 Julai 2025.

Foto: The Star

Bagaimanapun, Lau berkata sehari selepas itu, TNB menjelaskan bahawa kerajaan belum memutuskan sama ada tarif elektrik untuk separuh kedua 2025 akan dinaikkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika maklumat yang dilaporkan oleh TNB kepada Bursa Malaysia adalah palsu, ini bermakna ia adalah maklumat yang mengelirukan, kerana setelah maklumat ini dikeluarkan, saham TNB meningkat. 
“Ini merupakan tindakan yang mempunyai elemen penipuan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak boleh berdiam diri dan mesti menjalankan siasatan menyeluruh untuk memperjelas fakta,” katanya.

Susulan itu, Lau mempersoalkan sama ada terdapat pengawasan terhadap syarikat tersenarai disamping turut melempar soalan mengapa TNB berani menipu Bursa Malaysia.

“Jika benar kerajaan pusat tidak meluluskan cadangan TNB ini, adakah TNB begitu berani untuk menipu Bursa Malaysia?” soalnya.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Lau turut menyifatkan insiden ini sebagai cerminan bahawa ‘kerajaan penuh kekeliruan dan tidak cekap’ disamping turut mengaitkannya dengan kes melibatkan syarikat insuran yang mengumumkan kenaikan premium tanpa kelulusan Bank Negara.

“Untuk mempertahankan kredibiliti dan imej kerajaan, tindakan mesti diambil. Kesalahan harus dihukum. 
“Jika syarikat tersenarai boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan maklumat, pasaran akhirnya akan musnah dan rakyat akan hilang kepercayaan,” ujarnya.

Sebelum ini, TNB memaklumkan kepad Bursa bahawa kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari 2025 hingga Disember 2027.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan itu, menurut pemfailan, dimaklumkan melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB bertarikh 24 Disember, selaras dengan metodologi dan prosedur di bawah Panduan Pelaksanaan Peraturan oleh ST.

Sehari kemudian, TNB memberi jaminan bahawa 85 peratus pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan elektrik sehingga 30 Jun 2025, berikutan keputusan kerajaan yang diumumkan pada 20 Disember.

Foto: TNB

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof juga berkata tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kementeriannya tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh TNB berkaitan pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik di semenanjung tempoh hari.

Dia menegaskan semula pendirian bahawa sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat tidak akan dibenarkan sama sekali.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa isu berkaitan salasilah pemain warisan Harimau Malaya tidak sepatutnya terus diperdebatkan, memandangkan kesemua mereka telah melepasi saringan ketat...

Politik

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 ditunda ke hujung bulan November bagi memberi laluan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd