Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kenaikan Gaji: Anwar Mahu Semangat, Budaya Kerja Baharu Dalam Perkhidmatan Penjawat Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penjawat awam mempamerkan semangat dan budaya kerja baharu dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Menerusi satu laporan Kosmo!, Anwar berkata, peningkatan gaji penjawat awam yang diumum kerajaan hari ini sekali gus mampu meningkatkan perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Foto: Harian Metro

“Mulai hari Isnin, kita mahu lihat semangat dan budaya kerja baharu dalam kalangan penjawat awam,” katanya.

Beliau yang juga Menteri kewangan memaklumkan bahawa perkhidmatan penjawat awam perlu berubah dan tidak sentiasa berada di takuk lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak bermakna kalau kita tingkatkan, tapi rakyat tunggu mengapa dulu dua jam nak dapat lesen. Sekarang masih dua jam. Kenapa menunggu dua minggu dapatkan kelulusan, mesti terus dua minggu.
“Jadi mesti ada suatu ikhtiar, iltizam, kecekapan. Pentadbiran baharu, saya minta nanti KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) pastikan dilaksanakan tanpa tolak ansur,” jelas beliau lagi.

Foto: Kosmo!

Beliau turut berkata, ganjaran yang diumumkan akan diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan kesetiaan dan perkhidmatan terbaik.

“Satu kalangan kecil yang minoriti mengetepikan prinsip amalan bersih, cuai dan malas. Saya beritahu di sini, takkan diberikan layanan dan takkan diberi ganjaran setimpal,” tegasnya.

Penyelarasan gaji baharu diumumkan kerajaan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ysng telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini.

Sumber: Kosmo! (Nur Alwani Zafirah, Siti A’isyah Sukaimi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd