Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kempen Tabung Pahlawan Bantu Ringankan Beban Keluarga Veteran ATM – Khaled

Kempen Tabung Pahlawan (KTP) yang meringankan beban keluarga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya mengumpul lebih RM1.3 juta tahun lalu dengan membantu lebih 10,000 individu termasuk anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampuan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penglibatan aktif masyarakat terutamanya syarikat-syarikat korporat dalam kempen tersebut mempunyai beberapa mesej penting untuk disampaikan.

“Pertama, ia menggambarkan betapa kita sebagai sebuah masyarakat sentiasa menghargai dan mengenang segala perjuangan, pengorbanan, keringat, darah dan air mata para perwira negara dan keluarga mereka dalam mengekalkan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024/2025 bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur malam ini.

Penaung Kempen Tabung Pahlawan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menyempurnakan majlis bertemakan “Meraikan Bintang, Metamorfosis Ke Masa Hadapan” itu yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan berusaha memastikan segala keperluan dan kebajikan golongan tersebut terjaga dengan selayaknya.

“Kedua, majlis pada malam ini menandakan bahawa ekosistem pertahanan bukan sahaja tentang kesiagaan aset dan melahirkan perwira terbaik.
“Ketiga, majlis pada malam ini adalah satu peringatan untuk kita semua bersama-sama memperbaharui tekad dan semangat, untuk terus menyebarkan kesedaran kepada masyarakat di luar sana,” ujarnya.

Sementara itu, JHEV ATM berkata, tujuan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 diadakan adalah bagi menghormati jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang telah berjuang demi keamanan serta kedaulatan tanah air.

“Ia untuk mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan veteran dan orang tanggungan.
“Sumbangan daripada tabung ini pasti akan digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga veteran termasuk pembelian peralatan pesakit khas yang tidak dapat dibekalkan oleh JHEV ATM berdasarkan kepada isu kesihatan yang disahkan pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, ia juga dapat merangsang dan meningkatkan tahap patriotisme selain memupuk semangat menghargai jasa veteran di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia.

“Melalui program KTP, masyarakat berpeluang menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang negara terdahulu, khususnya dalam usaha mencapai kemerdekaan,” ujarnya.

Sebelum itu, Mohamed Khaled telah menerima sumbangan korporat daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bousted Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada majlis sama, turut dilancarkan Kad Veteran Digital ATM iaitu transformasi daripada Kad Veteran ATM manual (kad plastik) yang mempunyai pelbagai fungsi sekali gus memberi kebaikan dan faedah kepada warga veteran ATM.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd