Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kementerian Pendidikan Tinggi Semak Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan akan menyemak semua dasar pendidikan tinggi nasional dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023, yang memfokuskan 11 azam kementerian dalam mengelola sektor pendidikan tinggi nasional.

Dalam ucaptama Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin di Dewan Za’aba pagi ini, hasrat KPT adalah untuk mengembalikan dan memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sektor pendidikan tinggi. Tambahnya, kepercayaan akan menjadi nilai terpenting dan rakyat Malaysia mesti percaya kepada sistem pendidikan tinggi negara.

Jawatankusa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

Bagi memastikan agenda dan dasar KPT selari dengan aspirasi nasional, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut mempunyai masa selama 3 bulan untuk mengemukakan hasil dan berperanan mengubah cara bekerja, berfikir, dan bertindak meneroka kejayaan dalam kalangan kakitangan pendidikan tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPT akan mengamalkan sikap professional, adil, objektif dan tidak akan politikal dalam mengurusakan pendidikan tinggi. Perkara tersebut akan dipastikan dengan memperkemaskan fungsi dan peranan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT),” ujarnya

KPT juga akan menilai semula kedudukan kementerian secara keseluruhan dari segi kemampuan, prestasi pencapaian mahupun misi masa depan, bagi memastikan semua perancangan strategik dilaksanakan. Keutamaan diberi kepada pembangunan prasarana digital.

Tambahnya lagi, KPT akan memperkukuh kekuatan sumber intelektual Malaysia dengan pemerkasaan bakat akan dilipat gandakan melalui penambahan pelaburan dalam latihan pasca siswazah.

“IPT mesti mengemukakan Pelan Pengekalan dan Asuhan Bakat Terbaik bagi menghentikan aliran keluar bakat terbaik kita ke luar negara.” ujarnya.

Selain itu, KPT juga akan membuat persediaan bagi mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi dan mengangkat peranan Malaysia sebagai titik temu bagi menarik kedatangan pelajar, penyelidik dan bakat global perlu diperkukuhkan.

“Negara memerlukan lebih ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi. Maka, KPT akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap system dan ekosistem TVET nasional,” tambah Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin.

Pelajar IPT perlu mengekalkan kualiti kecemerlangan akademik dan tumpuan bukan lagi pada soft skill, tetapi hard skill. Kecemerlangan akademik di IPT harus segera dikembalikan ke tahap yang lebih tinggi, bermutu dan dihormati. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mestilah menggunakan peluang kerjasama dengan IPTS untuk memasarkan kurikulum Malaysia di peringkat global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Datuk Seri Khaled Nordin dalam ucapannya juga menyifatkan kementerian amat komited untuk memperbaiki akses dan rejim pembiayaan pendidikan. KPT akan meneroka ruang pendidikan anjal serta memperbaiki kesesuaian menjadikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebuah tabung amanah nasional

Dalam proses ‘memanusiakan manusia’, mahasiswa akan diberikan lebih banyak kuasa, kebebasan, tanggungjawab dan ruang membuat keputusan melalui gerakan pelajar dan ‘student union’ seperti membuka perniagaan, menguruskan kewangan persatuan dan merencana sendiri cara bekerja dan memperjuangkan agenda mahasiswa.

Ditulis oleh Bella Bahrin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd