Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecuaian Kontraktor Punca Kren Tumbang, KTMB Rugi Lebih RM2.4 Juta

Kecuaian kontraktor dikenal pasti menjadi punca berlakunya insiden kren tumbang di atas landasan kereta api di Rawang pada 12 Dis  lepas hingga mengakibatkan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) rugi lebih RM2.4 juta, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Mendedahkan hasil siasatan insiden itu hari ini, beliau berkata pihak kontraktor gagal memastikan kawasan kerja selamat kerana telah memasuki kawasan larangan tapak kerja yang tidak kukuh dan berlecak hingga menyebabkan kren menjadi condong ke atas landasan.

KTMB rugi lebih RM2.4 juta

Artikel lain: Kren Tumbang, Khidmat Komuter Lembah Klang & ETS Alami Gangguan Perjalanan

“Kawasan kren dibenar operasi adalah di luar (daripada kawasan kren jatuh) iaitu pada waktu tengah hari tetapi semasa pihak penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) bermesyuarat, kontraktor atau jentera itu telah curi masuk ke zon bahaya tanpa kebenaran.
“Ia tanpa disedari pihak JKR, mereka telah masuk pada waktu petang pada hari sama. Ini merupakan punca insiden berlaku apabila pihak kontraktor masuk ke kawsan zon bahaya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Pada 12 Dis 2023, perkhidmatan tren KTMB Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren yang  digunakan untuk pembinaan projek parkir bertingkat Perbadanan Aset Keretapi (RAC) tumbang di atas landasan kereta api di antara Rawang dan Kuang pada kira-kira 5.53 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ekoran insiden itu, Loke berkata KTMB menghadapi banyak kesulitan kerana ia mengganggu operasi tren yang melibatkan lebih 20,000 penumpang ETS dan komuter.

Loke berkata Kementerian Pengangkutan memandang serius sikap kontraktor yang mengabaikan keselamatan dalam melaksanakan kerja kerana tindakan masuk ke kawasan larangan boleh menyebabkan insiden kemalangan besar berlaku.

“Saya merasakan negara bernasib baik pada hari kejadian kerana tidak ada tren yang melalui kawasan tersebut pada ketika itu.  Bayangkan kalau ada satu tren sama ada komuter atau ETS, kren jatuh dan kereta api langgar, apa yang akan berlaku adalah satu tragedi,” katanya.

Beliau berkata kontraktor berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan kerja di kawasan itu  sehingga siasatan lanjut dilaksanakan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Beliau berkata APAD sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan diambil di bawah Seksyen 128 (1)(a) Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715 APAD) sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loke turut mengingatkan kontraktor yang melakukan kerja pembinaan di kawasan landasan kereta api untuk mematuhi arahan serta tidak mengabaikan aspek keselamatan sewaktu bekerja.

“Saya ingin membuat teguran secara terbuka dan amaran kepada semua kontraktor supaya jangan pandang remeh isu keselamatan, mesti ikut syarat yang ditetapkan.
“Jangan sesekali masuk ke dalam kawasan larangan kereta api. Ini antara hidup dan mati, soal nyawa manusia. You nak senangkan kerja itu, kamu mungkin merisikokan nyawa manusia. Jadi ini satu perkara yang amat serius,” katanya.

Sumber: Bernama

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki bertindak memfailkan saman sebanyak RM55 juta setelah kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat daripada kecuaian doktor. Memetik laporan Kosmo, penolong jurutera Majlis Bandaraya...

Lokal

Gambar suspek terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 telah diedarkan ke semua pintu masuk negara di utara...

Lokal

Pihak polis sedang memburu suspek yang dilaporkan mengugut mahu memukul salah seorang pelanggan di restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan. Menerusi laporan...

Sosial

Seorang pelancong ‘mat salleh’ telah mengundang kecaman orang ramai kerana beranggapan bahawa rakyat Malaysia tidak bersikap ramah terhadapnya. Menerusi perkongsian @anthraxxx781 di akaun X,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd