Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecerdasan Buatan Pemangkin Inovasi, Fakulti AI UTM Bakal Dirasmi Mei Depan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka merasmikan penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Mei depan.

Menurut laporan Bernama, perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menerusi Persidangan Dewan Negara hari ini.

Foto: Bernama

“Kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi penubuhan fakulti itu selari dengan perkembangan teknologi termasuk AI.
“Buat masa ini, Kementerian Kewangan memberikan peruntukan awal dan fakulti itu sedang diperbaiki dan diubah suai, peralatan berkaitan juga sedang dilengkapkan di fakulti ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan yang ingin mengetahui  mengenai perkembangan terkini mengenai penubuhan Fakulti AI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Mustapha berkata keputusan untuk menutup atau mengubah suai fakulti mengikut perkembangan semasa adalah menggunakan penanda aras kebolehpasaran graduan.

“Kementerian akan menilai fakulti mengikut indikator berkaitan kebolehpasaran graduan, bila kebolehpasaran graduan di bawah 30 peratus, memang fakulti itu terpaksa diberhentikan atau diubah suai supaya mengikut keperluan industri.
“Kita akan pastikan pelajar di semua fakulti dapat mengikuti kursus yang didedahkan dengan teknologi baharu terutamanya AI,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui sekiranya terdapat kesan terhadap kursus sedia ada di insitusi pengajian tinggi disebabkan perkembangan AI dan langkah yang harus diambil oleh kementerian.

Untuk rekod, penubuhan Fakulti AI ini akan bercorak multi-disiplin yang mampu menjadikan kecerdasan buatan sebagai pemangkin kepada inovasi dalam pelbagai bidang, antaranya industri pembuatan, kewangan, kesihatan, pertanian, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan, ekonomi dan perubahan iklim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd