Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kapten Skuad B-23 Sedia Sahut Cabaran Keluarkan Jelmaan ‘Harimau Malaya’ 

Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara berdepan tugasan ‘maut’ untuk melaksanakan dua tanggungjawab berbeza pada aksi pembukaan Kumpulan D Piala Asia B-23, bertemu Uzbekis­tan di Stadium Antarabangsa Khalifa malam ini.

Memetik laporan Kosmo, aura pahlawan sejati harus ada dalam diri setiap pemain untuk membina kekuatan dalaman memandangkan lawan pertama negara hadir dengan reputasi gah selaku juara 2018 dan naib juara edisi dua tahun lalu.

Foto: Kosmo

“Saya rasa dengan perlawanan persahabatan, kita dapat tahu dimana kekuatan dan kelemahan pasukan. Ini cabaran buat kami kerana Piala Asia B-23 adalah pertandingan besar.
“Semua pemain nampak ada kemahuan, sudah wujud persaingan baik dan bukan mudah untuk merebut kesebelasan utama. Kita tahu semua pemain ada kualiti dan ini adalah perkara positif buat pasukan.
“Jurulatih ada pelan sendiri dan dia akan beri secara berpe­ringkat iaitu satu demi satu perlawanan,” kata kapten B23 negara, Mukhairi Ajmal Mahadi.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain memerlukan keputusan baik untuk mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati, satu mata dilihat sudah memadai untuk menutup aib skuad senior yang dimalukan Jordan 0-4 pada Piala Asia, Januari lepas.

Berbaki beberapa jam sebelum sepak mula, skuad muda negara diharap tidak hanya sekadar menyiapkan diri secara ala kadar,  sebalik­nya menuntut kekuatan dalaman bagi merobohkan ego Asia itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini menetapkan pemain agar fokus terhadap misi awal untuk layak ke suku akhir terlebih dahulu sebelum mengintai tempat selaku tiga pasukan terbaik yang akan menjamin slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 kelak.

Sumber: Kosmo (Mohd. Fitrie Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd