Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Kahwin Tetap Cerai Jugak”- Refal Hady Tak Setuju Ibu Bapa Tentukan Soal Jodoh

Aktor kacak Indonesia, Refal Hady menyatakan dia tidak setuju apabila ibu bapa pada zaman sekarang menjodohkan anak dengan pilihan mereka.

Refal atau nama sebenarnya, Reza Fahleyi Alhady berpendapat ibu bapa sepatutnya memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak mereka untuk membuat pilihan sendiri terutama soal pasangan hidup.

View this post on Instagram

A post shared by Refal hady (@refalhady)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu bapa pernah memaksa saya berkahwin dengan wanita pilihan mereka tetapi jodoh itu tidak menjadi,”ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, dia tekad membuat keputusan untuk menentukan jodoh sendiri tanpa mengikut aturan keluarga.

“Untuk itu, saya akan menentukan jodoh sendiri dan dengan siapa saya akan habiskan hidup. Sungguhpun begitu, bergantung juga dengan keadaan.
“Kadang-kadang pilihan ibu bapa kita ‘menjadi’ namun ada masanya berakhir dengan kegagalan,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya pelakon berusia 29 tahun, perkahwinan merupakan suatu ikatan suci yang melibatkan perjanjian bagi tempoh panjang bagi pasangan yang menjalani kehidupan berumah tangga.

Oleh itu, adalah manis sekiranya persepsi ibu bapa zaman sekarang perlu berubah sebelum membuatkan masalah anak-anak bertambah turut seiring dengan peredaran zaman.

Dia berkata demikian ketika sesi temu bual drama lakonannya iaitu Wedding Agreement the Series yang berlangsung di Singapura.

Sekadar info, Wedding Agreement the Series merupakan salah sebuah karya asli Indonesia yang boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar dan musim kedua siri tersebut bakal menyusul tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Haikal Isa)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd