Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kadar Pengangguran Turun, Kembali Kepada Paras Prapandemik

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan kadar pengangguran pada bulan November turun kepada 3.3 peratus dan kembali ke paras prapandemik, mencatatkan 569.2 ribu orang penganggur.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr.Mohd Uzir Mahidi memberitahu prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan November 2023, mengisyaratkan pertumbuhan positif ekonomi semasa, dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala pengangguran terus menurun.

Kadar pengangguran turun

Artikel lain: Kaji Impak Penetapan Gaji Minimum Pekerja Terhadap Peningkatan Produktiviti

“Oleh itu, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada bulan November 2023, naik sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17 juta orang berbanding 6.97 juta orang pada Oktober 2023.
“Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2023 kekal pada 70.1 peratus, sama seperti pada bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa bilangan penduduk bekerja pada November 2023 terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, mencecah kepada seramai 16.43 juta orang berbanding bulan sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya, bilangan penganggur pada November 2023 terus menunjukkan penurunan, dengan pengurangan sebanyak 0.3 peratus kepada 569.2 ribu orang.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai situasi guna tenaga, beliau berkata daripada jumlah bilangan penduduk bekerja pada bulan November 2023, 75.3 peratus berada dalam kategori pekerja. Kategori ini mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 0.1 peratus kepada 12.37 juta orang.

Sumber: Facebook @Jabatan Perangkaan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd