Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Justin Bieber Marah & Beri Amaran, Minta Hailey Jauhi Selena Gomez

Minggu lalu, ramai dikejutkan dengan beberapa foto kemesraan antara penyanyi Selena Gomez dan model, Hailey Bieber ketika mereka berdua hadir ke Malam Gala Academy Musuem di Los Angeles.

Mana tidaknya, umum mengetahui hubungan mereka berdua agak tegang dan sering bermasam muka, kini dilihat tidak lagi saling bermusuhan apabila melihat foto momen bersejarah tersebut.

Perkongsian gambar itu mendapat respon positif ramai apabila mendapat tahu hubungan mereka baik-baik sahaja dan tidak bermusuhan seperti dakwaan sebelum ini.

Bagaimanapun, suami kepada Hailey iaitu Justin Bieber meluahkan kekecewaan dan marah apabila mendapat tahu isterinya bergambar bersama bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan GeoNews, Justin Drew Bieber,28, dikatakan tidak gembira dengan keakraban yang ditonjolkan oleh mereka berdua.

Malah, Justin turut memberi amaran kepada isterinya supaya menjauhkan diri daripada Selena dan tidak mahu jalinan hubungan rapat terjalin antara mereka berdua.

“Justin memberi amaran kepada Hailey untuk menjauhkan diri daripada Selena kerana takut sesuatu buruk akan berlaku,”kata sumber.

Terdahulu, hubungan Hailey dan Selena didakwa dingin gara-gara model itu merampas Justin daripada penyanyi berkenaan ketika mereka berdua sedang hangat bercinta.

Justin dan Hailey berkahwin pada tahun 2018, namun mereka sering menjadi sasaran netizen yang tidak berpuas hati kerana berpisah dengan Selena Gomez.

Hailey dalam satu temubual menegaskan, dia dan Selena tidak mempunyai sebarang persengketaan dan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri dan perlu teruskan hidup.

Sumber: GeoNews

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Nasional

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd