Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Justin Bieber Batal Konsert Jelajah Dunia, Penganjur Yakin Persembahan Di KL Masih Ikut Jadual

Pagi tadi, penyanyi antarabangsa terkenal Justin Bieber memaklumkan konsert siri jelajah dunia Justice World Tour terpaksa dibatalkan bagi memberi perhatian kepada masalah kesihatannya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. Khabar itu telah menyebabkan ribuan peminat penyanyi kelahiran Kanada itu sedih dan kecewa terutama di Malaysia kerana tidak dapat berjumpa dengan idola kegemaran mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, para peminat boleh menarik nafas kelegaan apabila pihak penganjur bersama AEG Presents Asia dan PR Worldwide Sdn. Bhd. tampil membuat satu kenyataan berhubung status semasa konsert Justin Bieber di negara ini.

Menurut pihak penganjur, konsert ‘Justice World Tour’ itu tetap diteruskan juga seperti yang dijadualkan melalui hantaran di laman Instagram mereka.

“Beliebers di Asia, kami sedar bahawa @justinbieber telah memutuskan untuk berehat dari jelajah dan berharap Justin cepat sembuh dan menghormati keputusannya untuk mengutamakan kesihatannya.
“Kami tidak sabar untuk melihatnya kembali beraksi. Pemahaman kami ialah siri konsert jelajah dunia di Asia ini akan diteruskan seperti yang dijadualkan. Nantikan lebih banyak kemas kini,”tulis mereka dalam satu kenyataan di Instagram.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by PR Worldwide Sdn Bhd (@pr_worldwide)

Makluman itu menerima pelbagai reaksi di kalangan ramai apabila mereka meluahkan ketidakpuasan hati kerana pihak penganjur masih mahu meneruskan konsert tersebut walaupun mengetahui Bieber menghidapi sindrom Ramsey Hunt.

Selain Malaysia, Bieber turut memaklumkan konsert di tiga negara Asia lain iaitu Jakarta, Indonesia dan dua persembahan di Jepun iaitu Tokyo dan Osaka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @pr_worldwide

Avatar
Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit...

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Spotlight

Selebriti Indonesia, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah mendedahkan dia mengalami ‘morning sickness’ yang teruk susulan kehamilannya. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh...

Spotlight

Nama selebriti Indonesia, Lucinta Luna rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, ada sahaja kontroversi yang dibangkitkan sehingga menjadi bualan hangat ramai. Malah, sebelum ini dia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.