Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jururawat Juarai Pertandingan Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia

Seorang wanita asal United Kingdom (UK) yang mempunyai wajah bersih tanpa cela telah diangkat menjadi Miss London 2023 dalam pertandingan Cantik Tanpa Solekan yang pertama di dunia.

Tewaskan 18 peserta lain dalam pertandingan cantik tanpa solekan

Memetik laporan dari CNN Indonesia, Natasha Beresford, 26 telah menewaskan 18 perserta lain dalam make-up-free beauty pageant  yang pertama dalam sejarah selama 95 tahun pertandingan tersebut diadakan.

Jalan dengan yakin di pentas pertandingan cantik tanpa solekan

Dia juga dilihat berjalan di pentas peragaan dengan senyuman penuh yakin tanpa mengenakan sebarang make up di wajah.

Saya sangat teruja dipilih sebagai Miss London. Semua gadis yang bertanding sangat cantik dan benar-benar memberi inspirasi, jadi satu penghormatan untuk dipilih,” katanya.

Ujarnya lagi, dia berharap agar gelaran yang diterimanya ini dapat memberi inspirasi kepada gadis muda di luar sana supaya yakin dengan kecantikan dan penampilan diri walaupun tanpa sebarang solekan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan kemenangannya itu, Natasha sekali gus layak untuk bersaing  di peringkat akhir Miss England yang akan berlangsung sekitar penghujung tahun ini.

Kemenangan Natasha telah diikuti oleh Afrose Ameen yang mendapat tempat kedua dan tempat ketiga adalah Temi Adeyemi dari Enfield, Middlesex.

Pakai pengilat bibir pun tak boleh

Difahamkan, dalam pertandingan tersebut, para peserta diminta untuk menyerahkan gambar tanpa sebarang kesan penambahan, solekan atau suntingan sebagai sebahagian daripada pertandingan.

Untuk edisi kali ini, syarat kemasukan juga semakin ketat apabila peserta juga tidak dibenarkan menggunakan pengilat bibir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak yang bertanggungjawab menyatakan konsep tersebut bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan diri dan mempromosikan tubuh yang lebih realistik kerana fokus pada penampilan semula jadi.

Sebagai rekod, Natasha yang merupakan seorang jururawat pergigian di Hospital Pergigian Diraja London pada tahun 2021 telah tampil memukau dengan busana berenda putih dari jenama Shikoba Bride, yang menghasilkan gaun pengantin mesra alam di UK dalam pertandingan tersebut.

Dia yang berasal dari Sheffield namun kini menetap di London sedang bekerja di klinik pergigian swasta di kawasan kejiranan mewah di ibu negara, Chiswick.

Natasha turut digelar sebagai ‘pari-pari gigi’ memandangkan melakukan tugasan dengan seikhlas hati terhadap kanak-kanak yang hadir  sewaktu bertugas di Hospital Pergigian Diraja London.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN Indonesia

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Nasional

Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamaed Khaled bin Nordin telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Faedah Ganjaran Hilang Upaya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd