Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Juri Berat Sebelah, Nurul Hidayah Sebak Pingat Dinafikan

Atlet taekwondo negara, Nurul Hidayah Abdul Karim tidak dapat menahan sebak selepas dinafikan pingat bagi acara poomsae individu wanita.

Nurul Hidayah sebak pingat dinafikan

Ia sekaligus melepaskan peluang untuk menyumbang pingat pertama Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou pada Ahad lalu.

Apa yang membuatkan Nurul Hidayah sebak apabila pingat dinafikan adalah bukan kerana masalah prestasi. Sebaliknya keputusan berat sebelah juri yang menafikan tempatnya dalam separuh akhir.

@syennn__

Tangisan Hidayah sebaik terlepas pingat Sukan Asia..🥺 Seperti coach Jin kata, “Train harder, next time no same point, but higher”!!❤️🔥 @Astro Arena #SukanAsiaHangzhou2022 #hangzhouasiangames #asiangames2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Syen Yeoh – Syen Yeoh

Difahamkan, pada aksi suku akhir menentang pemenang pingat emas Kejohanan Dunia 2013 Marjan Salahshouri dari Iran, Nurul Hidayah hanya tewas berdasarkan 0.03 mata mengikut markah bagi persembahan selepas kedua-dua mereka terikat dengan 7.780 mata purata.

Pada persembahan pertama, atlet negara berusia 25 tahun itu tewas apabila meraih 7.740 mata berbanding Marjan yang meraih 7.780 mata. Namun, pada persembahan kedua, atlet kelahiran Bintulu, Sarawak itu berjaya mengatasi Marjan dengan keputusan 7.820 mata berbanding lawannya, 7.780 mata.

Pingat Nurul Hidayah dinafikan tapi Marjan lakukan kesalahan?

Memetik laporan Malaysia Gazette, jurulatih kebangsaan Jin Jun Beom percaya Nurul Hidayah layak ke separuh akhir kerana mendakwa Marjan telah melakukan kesalahan pada persembahan pertamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jin kemudiannya cuba membuat protes, malangnya ia tidak dapat mengubah keputusan yang kekal berpihak kepada Marjan.

“Saya nampak Hidayah telah lakukan yang terbaik tanpa sebarang kesilapan besar, tapi atlet Iran buat kesilapan besar, jadi saya rasa kita akan menang dalam acara poomsae. Tapi bila tengok keputusan, saya bercadang untuk protes jika kalah dalam pusingan kedua, tapi kita menang dan mata sama, kita kalah 0.03 mata dalam persembahan.
“Protes tidak diterima apabila kita jumpa dengan teknikal dan pengerusi pengadil, mereka kata tidak boleh tukar keputusan, mereka hanya boleh gantung pengadil. Kami sangat sedih, tapi kita perlu bekerja lebih gigih untuk acara seterusnya, supaya tidak ada yang boleh menafikan kemenangan kita lagi,”katanya.

Nurul Hidayah sebak pingat dinafikan

Pelik, markah pihak lawan lagi tinggi

Sementara itu, Nurul Hidayah menyatakan dirinya tidak mengetahui punca markah pihak lawannya lebih tinggi berbanding dirinya.  Ini kerana dirinya tidak melakukan sebarang kesilapan.

“Saya tak berapa lihat aksinya kerana fokus pada diri sendiri, tetapi apabila markah poomsae pertama keluar, saya pelik sebab markah dia tinggi kerana saya tidak buat kesilapan, tapi dia ada tidak seimbang sedikit, namun markah tinggi.
“Poomsae adalah acara subjektif, selalunya ada baik dan buruk, bukan macam bertanding ada penderia pada badan. Format satu lawan satu ini jarang digunakan, biasanya lapan atlet masuk sekali, persembahkan seorang-seorang,” kata Nurul Hidayah.

Nurul Hidayah sebak pingat dinafikan

Sumber: TikTok (@syennn__), Malaysia Gazette (BERNAMA)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Lokal

Seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada Khamis. Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd