Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bermula Dengan Jin, ARMY Sedih BTS Masuk Latihan Ketenteraan

Hari ini, ramai peminat kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS sedih apabila mendapat tahu idola kesukaan mereka akan menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Berita itu diumumkan oleh pihak BIGHIT Music sendiri menerusi kenyataan rasmi di setiap platform media sosial. Dalam kenyataan tersebut, BIGHIT mengatakan sudah tiba masanya bagi setiap ahli kumpulan tersebut menabur bakti dalam latihan ketenteraan.

Dalam masa sama, BIGHIT menyatakan mereka akur dengan kehendak negara memerlukan tenaga golongan muda seperti ahli kumpulan BTS berjasa pada negara.

Sepanjang tempoh 10 tahun BTS aktif dalam dunia hiburan, banyak pencapaian membanggakan telah dicapai oleh mereka baik dalam negara mahupun global.

Ini membuatkan seorang anggota BTS iaitu Jin terpaksa membatalkan penangguhan pendaftaran ketenteraannya pada akhir Oktober ini bagi mengikut proses pendaftaran Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli-ahli kumpulan lain iaitu Jungkook, RM, Jimin, SUGA, V dan  JHope akan menyusul mengikut jadual ketenteraan yang ditetapkan seperti biasa.

Dalam masa sama, agensi turut mengeluarkan kenyataan secara terbuka buat pelabur saham aktif bagi memaklumkan penglibatan tujuh jejaka tampan dan berbakat itu akan menyertai latihan ketenteraan tidak lama lagi.

BTS akan kembali menceriakan dan menghiburkan peminat mereka, ARMY pada tahun 2025 ini.

Khabar itu membuatkan ramai ARMY sedih kerana terpaksa berpisah lama dengan oppa kesayangan mereka. Tetapi, mereka akan setia menanti kemunculan kumpulan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@enaizsati_

We will wait for you BTS 💜 ARMY

♬ For Youth – BTS

Sumber: Dart, TikTok @enaizsati_, Twitter @BIGHIT_MUSIC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Demi konten dan perhatian, sesetengah orang sanggup melanggar larangan yang telah ditetapkan agama sedangkan dia sedar bahawa apa yang dilakukan adalah berdosa. Demi konten...

Spotlight

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila nama pelawak Indonsia iaitu Daus Mini didakwa curang belakang isterinya, Shelvie Hana Wijaya. Pun begitu, segalanya berubah...

Lokal

Kumpulan Bunkface mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani buat kali pertama dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala...

Sukan

Pemain badminton Indonesia, Syabda Perkasa, 21, dilaporkan meninggal dunia dalam satu nahas kemalangan yang berlaku di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin. Tragedi...

Advertisement