Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jemaah Umrah Terkandas Di KLIA, Negara Arab Tutup Ruangan Udara

Jemaah umrah terkanda di KLIA

Hampir 61 jemaah umrah dilaporkan terkandas selama lebih empat jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setelah penerbangan ke Jeddah dibatalkan secara tiba-tiba.

Jemaah umrah terkanda di KLIA

Jemaah umrah terkanda di KLIA

Menurut laporan Harian Metro, terdapat beberapa negara Teluk telah menutup ruang udara mereka sebagai langkah berjaga-jaga menjadi punca pembatalan penerbangan itu susulan serangan Iran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar.

Menurut salah seorang jemaah, Fauziah Md Sohid, 49, dari Gombak memberitahu, pembatalan penerbangan itu diketahuinya kira-kira jam 7 pagi tadi ketika sedang beratur mendaftar masuk bagasi.

“Masa itu kami sudah sampai KLIA, tengah beratur nak ‘check in’ bagasi, baru dapat tahu ada surat daripada Qatar Airways maklumkan penerbangan dibatalkan.
“Seramai 23 jemaah termasuk saya, suami dan anak dijadualkan berlepas jam 9.30 pagi tadi, tetapi masih terkandas hingga kini.
“Rasa kecewa itu adalah sedikit kerana tak boleh pergi ikut waktu asal tapi mungkin ada hikmah Allah nak tunjukkan. Kalau kita pergi, mungkin keadaan lain pula jadinya,” kata Fauziah di Sepang, hari ini.

Jemaah umrah terkanda di KLIA

Fauziah memberitahu pihak agensi telah menguruskan penginapan di sebuah hotel sementara menunggu arahan lanjut daripada syarikat penerbangan dalam tempoh 24 jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, suaminya Sahrudin Zakaria, 49, turut menzahirkan rasa kecewa memandangkan ini pengalaman pertamanya menunaikan umrah bersama keluarga.

“Perasaan sedikit kecewa itu tetap ada. Tapi bila kita berfikir secara positif, mungkin ada hikmah yang baik. Daripada pergi sana kena bom, masalah juga,” ucapnya.

Menurut Sahrudin, dia dan jemaah lain dikhabarkan mengenai serangan Iran ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Qatar pada sebelah pagi, tetapi tidak menyangka ia menjadi punca penerbangan mereka ditundak buat sementara waktu.

“Saya tak kisahlah sekiranya penerbangan umrah ini terpaksa tunda tarikh walau seminggu akan datang, yang penting pihak syarikat penerbangan dan agensi pelancongan ada rasa bertanggungjawab.
“Mereka beritahu sedang cuba berunding dengan syarikat penerbangan lain kalau boleh dapat penerbangan terus ke Makkah. Buat masa ini, kami akan berehat di hotel dulu,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, seorang jemaah warga Singapura, Rino Sofian, 48, yang turut menaiki penerbangan Malaysia Airlines pada 2.45 petang memberitahu sudah dimaklukan pembatalan penerbangan itu seawal jam 3 pagi tadi.

Jemaah umrah terkanda di KLIA

Foto: Kosmo

Walau bagaimanapun, Rino turut menzahirkan rasa simpati terhadap jemaah lain kerana terpaksa menempuh perjalanan yang lebih jauh.

“Kesian pada jemaah lain. Ada yang datang dari Melaka, Perlis, Johor. Jemaah seperti saya dari Singapura tak apalah, boleh sahaja saya pulang. Tapi yang memandu jauh, kasihan mereka.
“Saya percaya ada hikmahnya. Allah sayang kita. Kalau kita cepat tersentak sikit-sikit nak marah, nanti pergi sana pun kita tak sabar,” jelasnya.

Artikel lain: Lebih 300 Jemaah Umrah Terkandas, Hanya 18 Terima Semula Wang Setakat Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, beberapa syarikat penerbangan utama dunia dilaporkan menghadkan operasi penerbangan ke Timur Tengah rentetan konflik yang semakin meruncing antara Iran dan Israel.

Penutupan ruang udara dibuat selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin.

Difahamkan serangan itu merupakan tindak balas kepada serangan terdahulu AS pada Ahad yang menyasarkan tiga kemudahan nuklear di Iran.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd