Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih 300 Jemaah Umrah Terkandas, Hanya 18 Terima Semula Wang Setakat Ini

Hanya 18 jemaah daripada 379 jemaah umrah terkandas telah menerima bayaran balik daripada syarikat pengendali umrah yang bermasalah setakat ini.

Jemaah umrah terkandas di KLIA2

jemaah umrah terkandas

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Sinar Harian, peguam yang mewakili jemaah dari Raudah Rais & Associates, Siti Raudah Mohd Rais mendedahkan syarikat tersebut hanya seorang jemaah yang menerima pemulangan semula wang pada malam Selasa.

“Pembayaran itu dibuat pada jam 9 malam, sebelum ini 17 orang dan terbaharu 18, pertambahan hanya seorang.
“Individu ke-18 ini menerima wang pulangan sebanyak RM22,000, kita lihat pihak syarikat membuat pembayaran secara rawak kerana ada dalam kalangan jemaah dengan jumlah yang kecil seperti RM11,000 belum lagi terima,” kata Siti Raudah pada Rabu.

Sebelumnya, syarikat pengendali umrah itu berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Guna Lagu Dangdut Untuk Video Tunai Umrah, Warganet Tuduh Dinar Candy Biadab

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan telah mengeluarkan amaran penggantungan operasi selama tujuh hari kepada syarikat tersebut sekiranya gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa.

Khairul Firdaus turut menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan telah memulangkan wang sebanyak RM500,000 kepada jemaah.

“Semalam mereka ada keluar kenyataan bahawa pemulangan wang sebanyak RM500,000 kepada jemaah telah dibuat, itu tidak benar.
“Jumlah bagi kesemua (18 jemaah yang terima pemulangan wang) tidak mencecah RM500,000,” tegasnya.

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar kepada jemaah dianggarkan melebihi RM2.1 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jumlah ini mungkin lebih kerana ada dalam kalangan jemaah yang ambil pakej berasingan iaitu berharga RM6,900. Harga RM11,000 ini untuk pakej berdua.
“Kita hanya membuat pengiraan secara pukal yang mana kesemua jemaah ini ambil pakej RM11,000 itu, tapi sebenarnya tidak. Jadi mungkin jumlah sebenar yang perlu dibayar lebih daripada RM2.1 juta,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Syamira Liana Nor Ashana)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd