Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Tewas 0-5 Kepada Kawasaki Frontale

Pasukan bola Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale pada aksi kelima Kumpulan I di Stadium Kawasaki Todoroki, Jepun malam tadi.

Memetik laporan Bernama, kekalahan ini sekaligus menyebabkan peluang JDT untuk layak ke pusingan kalah mati saingan Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023-2024 semakin malap.

JDT tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale

Foto: Harian Metro

Namun begitu, kemenangan Kawasaki Frontale ini pula mengesahkan kemaraan pasukan itu untuk mara ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan selepas mengumpul 15 mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan tuan rumah bimbingan Toru Oniki itu bermula garang apabila berjaya menjaringkan gol pada minit kelapan menerusi Akihiro Ienaga yang menyudahkan umpanan Takuma Ominami.

Walaupun mendominasi permainan pada separuh masa pertama, Kawasaki Frontale yang juga merupakan juara Liga J1 empat kali gagal menambah jaringan sehingga separuh masa tamat.

Foto: Utusan Malaysia

Bersambung pada babak kedua, Kawasaki Frontale tidak menunggu lama untuk menambah satu lagi jaringan selepas percubaan Leandro Damiao yang terkena tiang menerjah ke dalam jaring pada minit ke-50.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala dua lagi gol ditambah dalam tempoh sembilan minit hasil dari jaringan tandukan Marcinho pada minit ke-60 diikuti jaringan Yu Kobayashi meletakkan pasukan itu mendahului 4-0.

Artikel lain: Dua Kali Buat Kesalahan Sama, JDT Didenda RM30,000

Pada penghujung perlawanan itu Kawasaki Frontale sekali lagi meledakkan gol pada minit ke-88 sekaligus membantu pasukan itu mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus.

Sementara itu, pada perlawanan lain dalam Kumpulan I pasukan dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai berjaya mengatasi wakil Thailand BG Pathum United 3-1.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas lima perlawanan, JDT berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul enam mata sementara Ulsan Hyundai kini di tempat kedua dengan sembilan mata manakala BG Pathum berada di tempat tercorot tanpa sebarang mata.

Foto: Suria FM

Bagi aksi terakhir JDT, pasukan ini akan menentang BG Pathum di Iskandar Puteri sementara Ulsan Hyundai akan bertemu Kawasaki Frontale di Ulsan pada 12 Disember ini dalam aksi terakhir kumpulan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd