Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Juara Liga Super 2024-2025, Agong Zahir Ucapan Tahniah

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC kerana jadi juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut bagi musim 2024-2025.

JDT Juara Liga Super 2024-2025

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda menyifatkan kejayaan menewaskanPerak FC 2-0 itu adalah pencapaian luar biasa.

Juara Liga Super

“Pencapaian yang cukup luar biasa ini menandakan kejuaraan liga ke-11 berturut-turut buat pasukan Harimau Selatan dan merupakan piala yang ke-29 sejak ditubuhkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail pada tahun 2013,” titah baginda.

JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super selepas menewaskan skuad Seladang itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin.

Artikel lain: Peminat Bola Sepak Patut Bangga, JDT Wakil Negara Sumbang Mata AFC MA – TMJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Juara Liga Super

Jaringan pasukan tuan rumah hadir menerusi penyerang kelahiran Sepanyol, Jese Rodriguez Ruiz di penghujung babak pertama, sebelum Jorge Leonardo Obregon Rojas dari Colombia menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-64.

Kemenangan ini memastikan skuad kendalian Hector Bidoglio mengumpul 58 mata selepas 20 perlawanan, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat, Selangor FC yang meraih 42 mata daripada 19 aksi liga.

JDT yang sudah menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FA, dan Liga Super musim ini, kini memburu satu lagi kejayaan dengan mempertahankan trofi Piala Malaysia.

Mereka dijadual bertemu Sri Pahang FC dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 April depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Skuad Harimau Selatan berpeluang mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Triple Quadruple untuk tiga musim berturut-turut sekiranya berjaya menjulang Piala Malaysia musim ini.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd