Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Jangan Label JDT ‘Jaguh Kampung’ Gara-Gara Kalah Dengan Pasukan Jepun

Orang ramai tidak patut melabel Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai ‘jaguh kampung’ selepas kalah 0-1 menentang Kawasaki Frontale dalam aksi sulung Liga Juara-Juara Asia (ACL), kelmarin.

Menurut laporan Berita Harian, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar memaklumkan pasukan tersebut telah banyak memberi saingan hebat terhadap kelab gergasi Jepun itu malah banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Bukan itu sahaja, ketua jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki turut tidak menyangka dengan peningkatan permainan yang dipamerkan oleh Harimau Selatan dalam aksi Kumpulan I itu.

Disebabkan itulah, orang ramai tidak patut menganggap JDT yang juga pernah juara sembilan kali berturut-turut Liga Super sebagai ‘jaguh kampung’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang yang cakap JDT jaguh kampung ini sebenarnya silap. Kita lihat kepada komen ketua jurulatih Kawasaki Frontale pun dia terkejut dengan persembahan JDT.
“Kalau kita lihat banyak peluang yang dimiliki atau dicipta oleh JDT. Namun, bahagian serangan kurang menjadi dalam perlawanan itu yang menyaksikan mereka terlepas beberapa peluang dan perkara itu berlaku kepada setiap pasukan.
“Jadi janganlah kita mudah mengatakan JDT jaguh kampung. Mereka jadi jaguh kerana mereka bekerja kuat, jangan cakap jadi jaguh tanpa kerja kuat, mereka kerja kuat dari awal.
“JDT beri saingan yang membanggakan rakyat Malaysia. Kita juga dapat lihat dari aksi itu betapa kebolehan pemain negara yang mewakili JDT meningkat dan kita yakin ia akan memberi sesuatu yang manis buat pasukan kebangsaan di Piala Asia nanti,” katanya.

Difahamkan, JDT menguasai 51 peratus penguasaan bola dalam perlawanan itu selain berjaya melakukan 14 percubaan termasuk empat daripadanya adalah percubaan tepat berbanding dengan pasukan Kawasaki Frontale yang hanya meraih  empat percubaan tepat daripada 10 percubaan berdasarkan statistik.

Apa yang lebih mengejutkan, perlawanan itu menjadi kekalahan pertama yang dialami JDT musim ini kerana mereka tidak pernah tersungkur dalam mana-mana pentas Liga Malaysia (Liga M).

Dalam pada itu, ketiadaan pemain Fernando Forestieri dan Leandro Velazquez telah menyumbang kesan yang besar struktur permainan JDT ketika menentang Kawasaki Frontale.

“JDT agak lambat untuk bertukar hantaran ke atas kerana ketiadaan dua pemain itu dan ia tidak seperti biasa. Gandingan mereka sebelum ini kita dapat lihat hantaran bola ke atas cepat dilakukan yang membolehkan pasukan menjaringkan gol.
“Ketiadaan mereka memberi impak besar kepada JDT. Bagaimanapun kekalahan 1-0 itu bagi saya satu keputusan yang baik kepada JDT, maksud saya mereka sudah pamerkan peningkatan yang cukup tinggi,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd