Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jalan Silang, Jalan Petaling & Masjid India Diserbu DBKL

Jalan Silang kembali ‘panas’ apabila kali ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula melakukan serbuan disana.

Giliran DBKL pula ke Jalan Silang

Menerusi perkongsian di aplikasi X DBKL, pihak mereka telah melaksanakan Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang sekitar kawasan di Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis, 4 Januari 2024.

Puluhan peniaga di Jalan Silang, Jalan Petaling & Masjid India di kompaun

Menerusi Tindakan khas ini,  sebanyak 110 aktiviti premis perniagaan diperiksa dan 29 daripadanya dan 20 penjaja tanpa lesen telah diambil tindakan dalam operasi berkenaan.

“Tindakan khas ini melibatkan pemeriksaan terhadap 110 aktiviti premis perniagaan, penjajaan, halangan kaki lima, pengendali atau pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalu lintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am.
“Hasil operasi khas ini, 29 buah premis perniagaan telah diambil tindakan pindah peralatan yang melakukan kesalahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga asing dan 20 penjaja tanpa lesen telah dikenakan tindakan sita barangan termasuk 3 penjaja bukan warganegara,” jelas DBKL.

DBKL terus optimis kekang perniagaan tak berlesen warga asing

Sebelum ini, menerusi hantaran di media sosial rasmi, pihak DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan turut melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Warga Asing sekitar kawasan Jalan Silang dan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur.

Hasil pemantauan dan tindakan serta merta yang dijalankan, 9 tindakan sita dan pindah barangan penjajaan telah dilakukan dibawah kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa menerusi peruntukan UUK 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016.
“DBKL  mengeluarkan 35 notis kompaun pelbagai kesalahan ke atas kenderaan yang membuat halangan lalulintas sekitar kawasan Jalan Silang dan Lebuh Pudu menerusi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.”
“Kesemua barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain selepas ini,” menurut DBKL.

Terdahulu, kawasan ‘Mini Dhaka’ tersebut telah digempur satu batalion anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 21 Disember 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kira-kira lebih 1,000 pegawai dan anggota polis telah mengepung kawasan berkenaan bermula pukul 11 pagi tadi susulan kebanjiran warga asing yang dikatakan ‘besar kepala’ seperti warga tempatan yang membuka perniagaan.

Difahamkan, kebanyakan mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu masuk jerat serta gagal melarikan diri selepas menyedari kepungan mengejut dibuat.

Hasil pemeriksaan lanjut di 60 premis di kawasan sekitar Kompleks Kota Raya, pihak berkuasa berjaya menahan seramai 1,101 PATI. Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Sumber: X DBKL

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd