Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jadikan Malaysia Peneraju AI Global, Pejabat AI Kebangsaan Pacu Ekonomi Negara

Penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) berpotensi untuk membangunkan ekosistem digital yang kukuh sekali gus meletakkan Malaysia di landasan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Menteri Digital, Gobin Singh Deo menekankan kepentingan AI dalam semua sektor yang merangkumi seluruh masyarakat, tidak kira golongan muda mahupun warga emas di seluruh negara.

Pejabat AI Kebangsaan pacu ekonomi negara

Pejabat AI Kebangsaan

Beliau berkata, ini untuk memastikan tiada rakyat yang ketinggalan dalam mengaplikasi AI dan semua pihak dapat menerima manfaat daripada perubahan teknologi ini.

“Bayangkan sebuah negara di mana AI membantu nelayan mengenal pasti lokasi memancing terbaik, petani dapat mengoptimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan hasil tanaman.
“Pihak berkuasa tempatan juga dapat mengurus bencana alam secara proaktif. Inilah inovasi transformatif yang diperjuangkaj oleh NAIO. Jom kita bina Negara AI, Bersama, Sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pejabat AI Kebangsaan

NAIO yang diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 Ogos lalu adalah inisiatif strategik di bawah Kementerian Digital yang ditubuhkan untuk meletakkan negara sebagai peneraju serantau dalam bidang AI serta pemacu transformasi digital global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan matlamat untuk menggalakkan inovasi, memperkukuh kerjasama rentas sektor dan mengintegrasikan AI ke dalam kerangka kerja kerajaan, industri dan masyarakat, NAIO bercita-cita mahu menangani cabaran tempatan dan global sambil mempromosikan pembangunan mampan.

Bagi tahun pertama penubuhannya, NAIO akan diselia oleh MyDIGITAL Corporation bagi mengetuai penyelidikan, penerapan dan pengkomersialan AI untuk memperkasa ekonomi digital dan memperbaiki perkhidmatan awam.

Dengan pelaburan dalam inovasi, menggalakkan tadbir urus yang kukuh serta menyokong kerjasama, NAIO bersedia untuk mencipta ekosistem AI yang dinamik sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap AI global.

Pada masa yang sama, inisiatif ini juga memperkukuh hubungan awam-swasta, meningkatkan kerangka dasar serta memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan etika dalam pelaksanaan AI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui usaha ini, NAIO bukan sahaja akan mempertingkatkan daya saing ekonomi negara, tetapi ia juga menyumbang kepada kesejahteraan dan kelestarian jangka panjang.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan untuk perubahan khususnya dalam aspek kelestarian, integriti dan pengagihan kekayaan secara adil.

Beliau berkata, ini penting untuk memastikan bakat tempatan dimanfaatkan dalam membangunkan perisian supaya data yang dihasilkan oleh AI mencerminkan perspektif negara ini sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sistem di Barat, Timur atau pihak lain.

Anwar merasmikan Majlis Peluncuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd