Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jadi Pelajar Termuda Di UM, KPT Doakan Kecemerlangan Izz Imil

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) doakan kecemerlangan kanak-kanak yang menjadi pelajar termuda mendaftar di Universiti Malaya (UM) iaitu Izz Imil Sharom sepanjang pengajiannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Menteri KPT Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan dia telah mengambil peluang untuk bertemu dengan Izz Imil sebaik seleasi program ‘In Person with Doc Zam’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

KPT doakan kecemerlangan Izz Imil

KPT Doakan Kecemerlangan Izz Imil

“Saya singgah ke UM untuk bertemu sendiri dengan anak pintar, pelajar cemerlang berusia 12 tahun, Izz Imil yang telah mendaftar masuk sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakutli Sains UM. Saya dimaklumkan tentang perkara ini dan saya mengambil peluang untuk bertemu pelajar ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry menyifatkan Izz Imil sama seperti kanak-kanak lain namun anak itu mempunyai minat yang mendalam terhadap Matematik.

“Izz Imil sama seperti anak-anak lain seusia dengannya. Berpewatakan ceria dan sangat petah berbicara. Ternyata minat beliau dengan Matematik sangat mendalam sehingga perbualan kami juga banyak berkisar tentang nombor,” ujarnya.

KPT Doakan Kecemerlangan Izz Imil

Sementara itu, UM telah memaklumkan kepada Zambry bahawa pengambilan tersebut dilakukan melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas dan diluluskan Senat Universiti di universiti itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, Izz Imil juga akan belajar mengikut perancangan khusus agar kanak-kanak itu dapat belajar dalam persekitaran yang lebih baik.

“Saya juga dimaklumkan oleh pihak UM, pengambilan ini telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di UM.
“Pihak universiti sendiri telah merangkan beberapa perancangan khusus untuk adik Izz Imil dapat belaajr dengan persekitaran yang baik dan kondusif,” kongsinya.

KPT Doakan Kecemerlangan Izz Imil

Susulan itu, Zambry mengajak semua orang untuk mendoakan Izz Imil agar kanak-kanak itu dapat belajar dengan baik dan menjadi pelajar cemerlang.

“Sama-sama kita doakan adik Izz Imil dapat belajar dengan baik, menjadi pelajar cemerlang dan mampu memberi hasil terbaik kepada masyarakat dan negara. Kepada adik Izz Imil, kita jumpa lagi nanti. Banyak lagi ‘game trick’ yang kita nak buat sama-sama nanti,” ujarnya.

Sekadar info, pertemuan Zambry dan Izz Imil turut disertai oleh ibu bapa kanak-kanak itu dan Naib Canselor Universiti Malaysia, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

KPT Doakan Kecemerlangan Izz Imil

Sebelum ini, tular di media sosial Izz Imil melakar sejarah dengan menjadi pelajar termuda mendaftar masuk ke UM sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Izz Imil telah memasuki Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia ketika berusia enam tahun, seterusnya belajar O Level pada usia lapan tahun dan A Level pada usia 11 tahun.

UM juga telah mengesahkan kemasukan Izz Imil ke universiti itu menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik ke Facebook universiti itu.

Sumber: Facebook Zambry Abdul Kadir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Satu kejadian tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Situbondo, Jawa Timur apabila dilaporkan disiram dengan cecair mudah terbakar (spiritus) sebelum dibakar...

Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika...

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd