Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Pengampunan Najib Razak, Kenyataan Rasmi Dijangka Minggu Ini – Dr Zaliha

Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan dikeluarkan pada minggu ini.

Foto: Utusan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau berharap kenyataan daripada Lembaga Pengampunan akan dikeluarkan minggu ini, lapor Bernama.

“Itu nanti kita tunggu kenyataan Lembaga Pengampunan, insya-Allah minggu ini kita harapkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 hari ini.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Artikel lain: Najib Bebas? Dr Zaliha Minta Orang Ramai Tunggu Kenyataan Rasmi

Namun begitu, beliau turut mengingatkan agar pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenai isu tersebut.

Kenyataan rasmi isu pengampunan najib dijangka minggu ini

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana, salah satu media antarabangsa iaitu Channel NewsAsia (CNA) menulis dalam laporannya mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Media itu turut memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan dan melaporkan pengurangan hukuman penjara  terhadap Najib atas kesalahan rasuah dibuat Lembaga Pengampunan dalam mesyuarat pada Isnin lepas.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd