Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu KWSP: Rafizi Ramli Kemuka Empat Sebab Kerajaan Tak Benarkan Pengeluaran

Isu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sememangnya hangat menjadi bualan ramai di mana masing-masing mendesak agar pihak kerajaan meluluskan ia.

Terbaharu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli tampil mengemukakan empat sebab pihak kerajaan masih tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran caruman KWSP.

Rafizi berkata, sebab utama kerajaan tidak membenarkan pengeluaran itu adalah kerana bagi memastikan pencarum mempunyai simpanan di hari tua kelak.

Tambah Rafizi, pencarum tidak perlu risau sekiranya mereka meninggal dunia kerana simpanan tersebut akan diberikan kepada waris.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pencarum mungkin mengeluarkan wang untuk keperluan pada hari ini tetapi KWSP diwujudkan untuk memastikan pekerja-pekerja dan rakyat Malaysia mempunyai simpanan di hari tua.
“Kalau pun kita mati esok, simpanan dan caruman dalam KWSP itu akan pergi kepada waris-waris kita,”ujarnya.

https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/1070659557113290

Jelasnya lagi, walaupun tuntutan pengeluaran KWSP jika dibenarkan boleh dilihat sebagai satu program kerajaan, ia sebenarnya tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan.

Sebaliknya, ia akan mengurangkan simpanan hari tua pencarum itu sendiri selain menyatakan jumlah pengeluran KWSP dalam tempoh dua tahun lalu.

“Dalam tempoh dua tahun lalu, sejumlah RM145 bilion pencarum KWSP telah dibenarkan keluar oleh pentadbiran sebelum ini.
“Apabila dana ini menyusut, ia akan menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik,”jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan ini menjelaskan pengeluaran KWSP itu akan memberi kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan simpanan.

“Jika pulangan KWSP secara keseluruhannya rendah, maka pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu, dalam keadaan sebahagian besar daripada pencarum tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua.
“Sebab itu, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan kerajaan sebaliknya ialah menambahkan lagi caruman dan simpanan di hari tua kepada pencarum-pencarum KWSP.
“Bukannya untuk membenarkan pengeluaran seperti yang dituntut oleh segelintir pencarum,” ujarnya lagi.

Selain itu, Rafizi menyatakan kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi rakyat terutama golongan berisiko seperti pencarum KWSP pada masa akan datang.

Sumber: FB Rafizi Ramli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd