Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Istana Budaya Luncur Buku Rekaan Kostum, Anjur Tiga Program Utama 2024

Istana Budaya di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan rasminya meluncurkan Buku Rekaan Kostum di Balai Seni Negara, hari ini.

Istana Budaya luncur buka rekaan kostum

Penerbitan dua buku rekaan kostum tersebut adalah Teater Muzikal Hang Li Po & Muzikal Cheng Lock dan Teater Kanak-Kanak Muzikal Ali Baba & Muzikal Sinbad.

Pengarang yang juga editor bagi kedua-dua rekaan buku kostum tersebut, Badrul Zamani Abdul Jali berkata, buku tersebut amat bermanfaat untuk dijadikan koleksi serta bahan rujukan kepada penggiat seni.

Malah, pelajar-pelajar pengajian seni juga boleh menggunakan ia sebagai bahan rujukan dalam merealisasikan sesebuah rekaan kostum seni persembahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buku rekaan kostum ini merupakan penerbitan ilmiah dalam memberi pendedahan tentang proses rekaan dan penyediaan kostum yang digunakan dalam persembahan terbitan Istana Budaya,”katanya.

Istana Budaya buku

Artikel lain: Istana Budaya buku Istana Budaya tetap teruskan program utama meski tutup panggung

Tiga program utama tetap diteruskan

Dalam majlis yang sama, Istana Budaya memperkenalkan tiga produk utamanya iaitu Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Artis Tari Istana Budaya (ARTISTANA).

Bukan itu sahaja, mereka akan meneruskan siri jelajah Kempen Gerak ke beberapa tempat bagi membangunkan kecemerlangan artistik dalam seni persembahan bertaraf dunia.

Istana Budaya buku

Istana Budaya buku

Ketua Pengarah Istana Budaya, Puan Zubaidah Mukhtar berkata, program-program utama tersebut tetap diteruskan meskipun ia ditanggungkan sementara bagi tujuan penyelenggaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Meskipun salah satu fungsi Istana Budaya sebagai venue provider ditangguhkan sementara, namun Istana  Budaya tetap menganjurkan tiga buah program utama tahun 2024 untuk dipersembahkan kepada masyarakat iaitu Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia, Lambang Sari Series dan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po.
“Ini merupakan peluang terbaik Istana Budaya bagi membawa persembahan bertaraf dunia ini dekat dengan masyarakat dan antara lokasinya adalah di Melaka seiring dengan Tahun Melawat Melaka 2024, sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan dan kebudayaan Malaysia,”ujarnya.

Istana Budaya buku

Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia merupakan program kerjasama Istana Budaya dengan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang turut melibatkan mahasiswa mahupun alumni sebagai salah satu platform seni persembahan dan perkongsian ilmu muzik tradisional Malaysia menerusi bengkel yang akan diadakan kelak.

Tambahnya, program Lambang Sari Series masih diteruskan bagi tahun 2024 selepas terbukti berjaya pada tahun lalu melalui penjualan tiket luar jangkaan (full house).

Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pula kekal membawa corak muzik yang unik jenis klasikal dan pop dengan tema Klasikal Barat, Patriotik dan Bersama Bintang untuk tahun ini.

Teater Muzikal Puteri Hang Lipo kembali dihidupkan dengan nafas baru oleh Istana Budaya dengan mengimbau salah satu sejarah kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada tahun 2004 yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Signifikasi pementasan ini juga adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Repuklik Rakyat China yang akan dipentaskan secara ekslusif di pentas Encore Melaka,”katanya.

Sementara itu, difahamkan Istana Budaya telah berjaya memperoleh nilai publisiti media lebih RM750 juta buat keseluruhan penglibatan Istana Budaya sepanjang tahun 2023.

Ini termasuklah segala bentuk pementasan di Istana Budaya, program anjuran Istana Budaya dan program kerjasama dengan MOTAC serta jabatan agensi institusi di bawah Kerajaan.

Bagi tahun 2024, Istana Budaya menyasarkan penglibatan serta penyertaan yang menggalakkan dari pelbagai pihak dan masyarakat dalam memberikan sokongan terhadap persembahan-persembahan anjuran Istana Budaya yang dipentaskan di pelbagai tempat dan negeri terpilih sepanjang Kempen Gerak dilaksanakan.

Katanya, Istana Budaya sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan sebagai rakan strategik serta penggiat seni tanah air untuk bekerjasama dalam menganjurkan persembahan di dalam dan luar negara sepanjang panggung ditutup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan Panggung Sari Istana Budaya ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan, khususnya bumbung yang telah dihebahkan secara rasmi pada 15 Januari 2024 dan dijangka akan beroperasi semula pada 2026 selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini, awam boleh melayari portal dan di setiap platform media sosial Istana Budaya atau hubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya di talian 03-40265555 atau e-mel [email protected].

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak RM35.84 juta peruntukan telah diluluskan kepada 1,791 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh negara bagi tahun 2024 untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan miskin bandar...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd