Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bunuh Rakan Senegara, Tiga Warga Rohingya Direman

Tiga warga Rohingya, termasuk dua wanita direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki senegara mereka di Taman Belibis, Simpang Ampat, Bukit Mertajam semalam.

Menurut laporan Harian Metro, perintah reman sehingga 7 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah hari ini terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20-an hingga 30-an.

Foto: Harian Metro

Mereka dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi sebelum permohonan reman diluluskan.

Dalam kejadian yang dilaporkan kepada polis pada jam 3.20 petang semalam, mangsa berusia 31 tahun ditemukan maut di sebuah rumah selepas mengalami beberapa kesan tikaman pada badan.

Foto: Media sosial

Turut cedera dalam insiden itu ialah seorang wanita berusia 26 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.

Mangsa wanita tersebut kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: TVN

Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertelingkahan rumah tangga selain polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Sumber: Harian Metro (Audrey Dermawan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd