Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih 3 Tahun Hilang Di Everest, Ekspedisi Mohon Nepal Isytihar Kematian Muhammad Hawari

Selepas lebih tiga tahun kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim di Gunung Everest, pihak ekspedisi kini memohon Kerajaan Nepal mengeluarkan pengisytiharan rasmi kematian bagi membantu melancarkan urusan keluarga mangsa.

Memetik laporan daripada Sinar Harian Chef de Mission ME 2023, Tan Sri Salleh Mohd Nor berkata, permohonan itu telah disampaikan kepada Kuasa Usaha Kedutaan Nepal di Malaysia, Mudita Bajracharya, dan berharap kerajaan negara berkenaan dapat mempertimbangkannya.

Menurut beliau, sehingga kini tiada sebarang dokumen rasmi berkaitan deklarasi kematian dikeluarkan oleh Kerajaan Nepal walaupun kehilangan Muhammad Hawari sudah melepasi tempoh tiga tahun.

Katanya, pengisytiharan tersebut penting bagi memudahkan keluarga mangsa menguruskan pelbagai perkara termasuk tuntutan insurans, urusan pekerjaan dan dokumentasi rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam pertemuan yang diadakan, wakil Kerajaan Nepal menyatakan kesediaan untuk membantu berhubung perkara yang dibangkitkan.
“Langkah seterusnya ialah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan berkenaan bagi mendapatkan pertimbangan serta tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Everest Sedunia 2026 (Sagarmatha Diwas 2026) di ibu negara pada Khamis.

Untuk rekod, Muhammad Hawari yang berasal dari Pulau Pinang berjaya menawan puncak Gunung Everest pada 19 Mei 2023.

Namun, pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran berusia 33 tahun itu dilaporkan hilang sehari kemudian ketika berada berhampiran puncak gunung berkenaan.

Sebelum ini, pihak ME 2023 turut mengemukakan laporan perubatan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal sebagai sokongan kepada permohonan pengisytiharan kematian tersebut.

Laporan yang disediakan Ketua Pegawai Perubatan Mountain Medical Institute, Dr Abhyu G menyatakan peluang untuk seseorang terus hidup dalam tempoh lama di kawasan puncak Everest adalah sangat rendah kerana ia berada dalam kawasan dikenali sebagai “Zon Kematian” atau Death Zone pada ketinggian melebihi 8,000 meter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan itu, kandungan oksigen yang terlalu rendah serta risiko hipoksia, suhu sejuk ekstrem, keletihan melampau dan penyakit altitud tinggi menjadikan kelangsungan hidup manusia di kawasan tersebut amat sukar untuk tempoh yang panjang.

Sumber: Sinar Harian 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd