Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Iran Mohon Anwar Tegaskan Pendirian Negara Islam, Tidak Terpedaya Naratif Berat Sebelah

Iran mohon Anwar tegaskan pendirian negara Islam

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam lain supaya tidak mudah terpedaya dengan naratif berat sebelah dan memahami tujuan sebenar Iran melakukan serangan balas.

Iran mohon Anwar tegaskan pendirian negara Islam

Iran mohon Anwar tegaskan pendirian negara Islam

Anwar memaklumkan kenyataan itu dibuat melalui panggilan telefon antara beliau dan Pezeshkian ekoran pengeboman ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran oleh Amerika Syarikat (AS) di Isfahan, Natanz dan Fordow.

“Saya baru selesai berhubung melalui telefon bersama Presiden Republik Islam Iran Masoud Pezeshkian berhubung perkembangan terkini konflik antara Iran dan rejim Zionis Israel.
“Presiden Masoud mengesahkan bahawa Iran bersedia menghentikan tindakan ketenteraan dan menyambut perdamaian dengan syarat, Israel menghentikan serangan terhadap wilayah-wilayah kedaulatan Palestin dan Iran,” kata Anwar di Facebook pada Selasa.

Sehubungan itu, Malaysia menegaskan pendiriannya untuk terus mengutuk serangan Israel ke atas Gaza dan Iran kerana melangkaui batas kemanusiaan dan prinsip undang-undang antarabangsa yang telah mengorbankan banyak jiwa tidak berdosa.

Iran mohon Anwar tegaskan pendirian negara Islam

Foto: Berita Harian

“Sejak tercetusnya konflik ini, Malaysia konsisten dengan pendirian bahawa keganasan bukan jalan keluar. Namun, dalam kerangka keadilan sejagat, kami mengakui hak Iran untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk pencerobohan yang mencabuli kedaulatan negaranya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Tambun itu turut memberi sokongan kepada Iran sekiranya ingin mencari jalan damai menghentikan konflik yang dilihat semakin meruncing dan percaya bahawa rundingan diplomasi mampu mencapai penyelesaian menyeluruh.

“Adalah munafik untuk dunia mengiktiraf kekuatan Israel tetapi menolak hak sah Iran untuk mempertahankan diri.
Malaysia juga menyambut baik komitmen Iran untuk mencari jalan damai bersama semua pihak, termasuk Amerika Syarikat dan Israel, sekiranya syarat keadilan dan kedaulatan dipenuhi.
“Malaysia percaya bahawa hanya melalui rundingan dan diplomasi, penyelesaian menyeluruh dapat dicapai sebagai usaha dan upaya mengelak pertembungan yang berpanjangan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Singapura Hargai Bantuan Malaysia Bawa Rakyat Pulang Dari Iran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Israel dan AS dilaporkan menjalankan serangan ke atas Iran susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran yang dilihat semakin berjaya membangunkan senjata nuklear.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Filem

Selepas 18 hari tayangan, filem adiwira tempatan Keluang Man hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.3 juta. Angka itu dianggap mengejutkan, lebih-lebih lagi kerana filem...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd