Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Impian Timang Anak Sulung Berakhir, Isteri Hamil Lima Bulan Maut Dalam Kemalangan

Impian dan keterujaan seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung berakhir apabila isteri yang hamil lima bulan maut dalam kemalangan membabitkan lori tanah dan tiga kenderaan di Jalan Kolon, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata kejadian kira-kira 9.55 pagi itu mengakibatkan Nadzifah Abu Seman, 28, bersama bayi dalam kandungan dan ibunya, Romadiah Ismail, 65, yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika dua beranak itu dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta di pusat bandar Alor Setar bagi menziarahi kakak Nadzifah yang dimasukkan ke wad kerana sesak nafas.

Kereta Perodua Bezza dinaiki mereka dirempuh sebelum dihempap lori tanah yang terbabas. Kejadian turut melibatkan sebuah Perodua Axia dan Toyota Hilux yang mengakibatkan seorang wanita parah dan dua lelaki cedera ringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

isteri hamil maut

Keterujaan sambut kelahiran anak berkecai

Memetik laporan Harian Metro, suami Nadzifah iaitu Ismail Mohamad, 28, menyatakan dia dan isteri teruja menyambut kelahiran anak sulung pada April depan.

Namun, segalanya berubah apabila isteri yang sedang hamil maut dalam nahas kemalangan bersama ibu mertuanya.

 “Kami teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung April depan selepas isteri mengalami keguguran tahun lalu. Tapi kini semuanya berubah.
“Apapun saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan isteri dan ibu mentua dalam nahas hari ini,” katanya.

Ismail berkata, dia sepatutnya menghantar isteri ke pusat perubatan tersebut untuk menjaga kakaknya di wad, namun isteri enggan menyusahkannya dan mahu memandu sendiri ke sana bersama ibu menggunakan kereta milik kakaknya.

“Saya ke tempat kerja kira-kira pukul 9 pagi dan ketika di pejabat, saya menerima satu rakaman video kemalangan berdurasi dua saat daripada seorang rakan. Saya nampak sebuah lori terbalik dan ada kereta berwarna biru.
“Bila nampak kereta warna biru itu (Perodua Bezza), saya terus tanya kawan apa nombor pendaftaran kereta tersebut tetapi rakan tidak tahu. Saya mula rasa tidak sedap hati dan terus ambil motosikal untuk ke lokasi kejadian yang hanya terletak kira-kira satu kilometer,” katanya lagi.

Tambah Ismail, semasa dalam perjalanan, dia menerima WhatsApp dari kakak ipar memaklumkan isteri dan ibu mertuanya belum sampai di wad.

“Saya terus hubungi isteri dua hingga tiga kali tetapi tidak ada jawapan sebelum teruskan perjalanan ke lokasi. Sebaik tiba, saya nampak ada dua mangsa dalam Perodua Bezza, namun hanya nampak bahagian badan.
“Pada masa itu, saya nampak kuku salah seorang mangsa seperti kuku ibu mertua saya. Tidak lama selepas itu, baru saya dapat pengesahan bahawa dua mangsa itu adalah isteri dan ibu mertua saya,” ujar Ismail.

isteri hamil maut

Dirinya kaku dan hilang kata-kata apabila melihat mayat dua insan kesayangan yang tersepit dikeluarkan dari kereta yang remuk teruk akibat dirempuh lori.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas Ragut Tiga Nyawa: Ibu Hamil & Kandungan Selamat

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd