Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Impian Jadi Nyata, Pelajar Terbaik SPM 2025 Kelantan Ditaja Tunai Umrah

Kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 membuka peluang bermakna buat seorang pelajar dari negeri ini apabila menerima tajaan menunaikan umrah daripada sebuah agensi pelancongan.

Muhammad Izz Darwisy Zamani, 18, yang memperoleh keputusan 12A+, menerima tawaran tersebut daripada Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok (SMKATB), di sini, hari ini.

Tajaan berkenaan disampaikan oleh wakil syarikat itu, Mohamad Aiman Zahari, dan disaksikan oleh ibu bapanya, Mas Atikah Mansor, 48, serta Zamani Rafii, 51, selain lebih 300 pelajar sekolah berkenaan.

Menurut Muhammad Izz, dia sebelum ini menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sebelum menyambung pengajian pada Julai ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun tidak menyangka impian tersebut menjadi kenyataan selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai tajaan itu.

“Insha Allah kalau ada rezeki saya nak pergi umrah dengan ibu bapa saya.
“Sebelum ini saya bercita-cita nak tunai umrah dengan mereka, jadi kami akan usahakan untuk pergi bersama-sama sebelum saya sambung belajar nanti,” katanya selepas majlis berkenaan.

Turut hadir, Pengetua SMKATB, Mohd Fadli Jusoh dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Datuk Azaha Berahim.

Muhammad Izz menerima pakej umrah sederhana bernilai RM7,490 bagi perjalanan pergi dan balik untuk tahun 2026.

Sementara itu, Mohamad Aiman berkata, pakej tersebut tidak menetapkan tarikh tertentu bagi memberi fleksibiliti kepada pelajar berkenaan dalam memilih jadual penerbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, pakej itu merangkumi perjalanan pergi dan balik, penginapan hotel kira-kira 300 meter dari Masjidilharam di Makkah serta kemudahan makan dan minum sebanyak tiga kali sehari.

“Tawaran itu layak diberikan kepada pelajar ini memandangkan akhlaknya yang baik, menghafal 30 juzuk al-Quran sejak tingkatan tiga dan mendapat keputusan cemerlang SPM 2025.
“Kami harapkan ia dapat menjadi pembakar semangat buat pelajar ini dan inspirasi kepada pelajar lain,” katanya.

Artikel lain: Rezeki Ramadan, Abang Mr Bean Dapat Tajaan Umrah – “Saya Tak Pernah Jangka”

Muhammad Izz yang juga satu-satunya pelajar memperoleh 12A+ di Kelantan tahun ini turut mencipta sejarah apabila menjadi pelajar pertama di SMKATB yang meraih semua A+ dalam SPM sejak sekolah itu ditubuhkan pada 1999.

Sumber: BH Online (Nor Amalina Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Nasional

Kerajaan Malaysia dan Hungary memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028. Ia sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan...

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd