Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rezeki Ramadan, Abang Mr Bean Dapat Tajaan Umrah – “Saya Tak Pernah Jangka”

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com).

Abang Mr Bean dapat tajaan umrah

Abang Mr Bean

Foto: Media sosial

Abang Mr Bean atau nama sebenarnya Mohd Nizam Mohamad Idrus, 49, yang menghiburkan orang ramai di jalanan menerusi aksi komedi watak Mr. Bean menyifatkan kejutan itu sebagai rezeki yang tidak pernah dijangkakan.

“Saya terharu sangat, saya tak pernah jangka, pada awal bulan Ramadan ini saya mendapat kejutan daripada ikhlas.com.
“Apa yang saya lalui sepanjang perjalanan hidup kami berdua (bersama-sama isteri, Suraya Zulkifli) ini, saya rasa Allah SWT dah balas dengan cara yang tak disangka-sangka,” katanya menerusi satu perkongsian video ikhlas.com di Facebook pada Isnin.
Abang Mr Bean

Foto: IKHLAS

Video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan pempengaruh, Edin Komeng meminta Abang Mr. Bean memintal belon yang dijualnya pada harga seikhlas hati, dimana pelanggan sendiri menentukan bayaran.

Artikel lain: G57 Taja Umrah Buat Ibu Zara Qairina Sebagai Sokongan Emosi

Abang Mr Bean

Foto: IKHLAS

Menurut Abang Mr. Bean lagi, peluang menunaikan ibadah umrah bukan sesuatu yang mustahil sekiranya sudah menjadi ketentuan dan seruan Ilahi.

“Umrah bukan pada yang mampu, tetapi bila Allah dah seru, benda ni tak mustahil akan berlaku.” katanya lagi.
Abang Mr Bean

Foto: IKHLAS

Difahamkan, inisiatif Umrah 1000 Asnaf diperkenalkan pada 19 Mac 2025 sempena ulang tahun kelima penubuhan syarikat itu.

Program berkenaan digerakkan dengan misi memperkasa komuniti setempat bagi membantu mengenal pasti golongan asnaf yang layak, sekali gus merealisasikan hasrat mereka untuk menunaikan ibadah umrah.

Sumber: Facebook IKHLAS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd