Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Hotel Hard Rock Terbesar Di Asia Akan Dibuka Di Genting Highland Pada 2027 Nanti

Hotel Hard Rock terbesar di Asia dipanggil Hard Rock Genting Highlands akan dibuka oleh King’s Park, pembangunan bersepadu pelbagai guna di Genting Highlands di Genting Highland pada 2027 nanti.

Berketinggian 45 tingkat

Memetik laporan dari Berita Harian, King’s Park Development Sdn Bhd  dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Hard Rock Genting Highlands setinggi 45 tingkat akan menyediakan 371 bilik dan 630 suite, menjadikan keseluruhan 1,001 bilik dan suite, 200 meter persegi ruang runcit dipanggil ‘Rock Shop’, selain kolam renang panas, ruang makan, spa selain lounge dan bar.

Pembinaan tersebut merupakan bahagian daripada fasa ketiga pembangunan King’s Park.

Kredit foto: FB De’entertainment

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perjanjian pembangunan Hotel Hard Rock telah dimeterai

Difahamkan, nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM10 bilion itu merangkumi pembangunan lima fasa, termasuklah komponen kediaman, komersial dan hiburan yang akan dilakukan oleh King’s Park.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Global Hard Rock International, Todd Hricko bersama Pengerusi HR Resort & Residences Sdn Bhd, Lim Kim Chai telah memeterai perjanjian bagi pembangunan tersebut pada Sabtu lalu iaitu 14 Oktober 2024.

Kredit foto: FB De’entertainment

HR Resort & Residences adalah pemilik dan pembina Hard Rock Genting Highlands, manakala Hard Rock International adalah operator hotel berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perjanjian disaksikan oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Hotel Asia Pasifik Hard Rock International, Edward Chan; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama King’s Park Development, Datuk Jayandren Subramaniam serta Naib Presiden Eksekutifnya, Sean Chen.

Kredit foto: FB De’entertainment

Tak hanya hotel, pembangunan taman tema, hartanah kediaman dan kemudahan perubatan juga akan dibangunkan oleh King’s Park di lokasi berkenaan.

Difahamkan, tempoh masa pembangunan tersebut dijangka selesai sepenuhnya adalah kira-kira 10 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian, Facebook King’s Park Genting Highland

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd