Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jangan Sensasikan Isu! Ratusan Pelarian Rohingya Keluar Kuala Muda Secara Sukarela – Polis

Proses perpindahan seramai 121 warga Rohingya dari penempatan sementara di Kuala Muda berhampiran Pasar Bisik, di sini, Ahad lalu dilakukan secara sukarela oleh komuniti berkenaan, kata polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, kesemua mereka meninggalkan kawasan itu dan bergerak ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur.

Menurutnya, perpindahan itu berlaku susulan persaingan ekonomi serta pertambahan jumlah warga Rohingya di kawasan berkenaan.

“Proses perpindahan ini dibantu dan diselaraskan oleh Jabatan Persekutuan (Jabatan Perpaduan), kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil penduduk tempatan dan wakil warga Rohingya dengan dipantau dan diselaraskan pihak polis dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
“Dalam pada itu, polis menyeru masyarakat supaya tidak mensensasikan isu sehingga menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
“Sebarang pertanyaan berkaitan isu ini boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Deputi Superintendan Fakhruz Zaman Husin di talian 04-5762222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tinjauan mendapati beberapa unit rumah sewa yang sebelum ini didiami komuniti Rohingya di perkampungan berkenaan telah dikosongkan sepenuhnya, sekali gus menjadikan kawasan itu lengang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ratusan Pelarian Rohingya Berkhemah Depan Pejabat UNHCR, Dakwa Diusir Dari Penempatan Di Pulau Pinang

Difahamkan, jumlah rumah yang disewa komuniti terbabit meningkat daripada 32 kepada 47 buah dalam tempoh dua tahun, dengan setiap kediaman dihuni antara empat hingga lima keluarga.

Keadaan itu sebelum ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan yang mendakwa kehadiran komuniti berkenaan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi mereka, khususnya golongan nelayan.

Kesemua 121 warga Rohingya itu dibawa keluar dari kampung berkenaan kira-kira jam 10 malam menggunakan tiga buah bas menuju ke Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB IPD Seberang Perai Utara

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd