Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keselamatan Pelajar Diutamakan, Dua Sekolah Di Puncak Alam Ditutup Akibat Kebakaran Bukit

Dua buah sekolah di Puncak Alam diarahkan tutup sementara susulan kejadian kebakaran melibatkan kawasan berbukit seluas kira-kira empat hektar di Lorong Gugusan Alam 7/1, Bandar Puncak Alam, hari ini.

Memetik laporan Buletin TV3, arahan penutupan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Puncak Alam selepas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor mengambil langkah berkenaan berikutan lokasi kedua-dua sekolah yang terletak berhampiran kawasan kebakaran.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan operasi pemadaman melibatkan seramai 13 anggota dengan sokongan tiga jentera.

Menurut beliau, pasukan terbabit terdiri daripada anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, BBP Bukit Jelutong serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, BBP Bestari Jaya ditugaskan menjalankan kerja pemadaman di kawasan bukit berhampiran padang bola sekolah, manakala BBP Bukit Jelutong memberi tumpuan kepada kawasan bukit berdekatan perumahan.

“Sementara itu, PBS Saujana Utama membantu kerja pemadaman di kawasan bukit di tepi sekolah yang berdekatan dengan kawasan perumahan,” katanya.

Artikel lain: Kebakaran Hutan Baharu Dilapor Di Los Angeles, Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Ashrul Riezal berkata, pemeriksaan turut dilakukan di sekitar kawasan kejadian bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

“Anggota melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh mendatangkan kebakaran.
“Operasi terkawal jam 1.30 petang dan tamat sepenuhnya 3 petang ini,” tambahnya lagi.

Sumber: Buletin TV3 (Amirul Aiman Hamsuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd