Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Putuskan Chegubard Bebas Tuduhan Cemar Nama Baik Agong

Aktivis politik, Chegubard dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini daripada pertuduhan menerbitkan penerbitan berunsur hasutan yang didakwa mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu.

Foto: Free Malaysia Today

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan Utusan, Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 48, sebaik sahaja kes pendakwaan ditutup.

“Mahkamah memutuskan bahawa tiada kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Terdahulu, pada April 2024, Chegubard mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerbitkan penerbitan berunsur hasutan menerusi akaun Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras pada jam 12.15 tengah hari, 6 April 2024.

Artikel lain: Aksi Chegubard Sebat Patung PM Dikecam, Langgar Nilai Rukun Negara – Aktivis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman, manakala Chegubard diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md. Nor.

Sumber: Utusan (Nur Aimi Hazirah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd