Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

HASiL Sasar Kutipan Cukai RM197 Bilion Bagi Tahun 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sasar untuk membuat kutipan cukai langsung sebanyak RM197 bilion bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata bagi mencapai sasaran tersebut, pihaknya telah merancang pelbagai strategi bagi memastikan pematuhan cukai berada di tahap optimum.

Abu Tariq berkata, antara strategi yang akan digunakan oleh HASiL adalah berteraskan kepada ‘behavior’ atau kategori pembayar cukai.

“Antara kategorinya ialah kumpulan pembayar cukai yang kurang kesedaran dan pemahaman terhadap layanan atau undang-undang percukaian.
“Bagi kategori ini, aktiviti berteraskan pendidikan dan penerangan akan terus diperhebat melalui program-program yang dirancnag bersama rakan-rakan strategik hasil.
“Tindakan responsif dan segera menjadi keutamaan HASiL bagi membantu kumpulan ini mematuhi undang-undang percukaian,” katanya.

HASiL sasar kutipan cukai RM197 bilion

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus KPE HASiL Bersama Media di Hotel Sunway Putra, Petaling Jaya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, kategori kedua pula adalah kumpulan pembayar cukai yang secara berterusan menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaporan dan pembayaran cukai.

Beliau berkata, pendekatan ‘cooperative complience’ iaitu kerjasama dan ‘mutual understanding’ antara HASiL dan pembayar cukai akan menjadi fokus bagi kategori ini.

“Program Tadbir Urus Percukaian (TCG) yang diperkenal sejak Mac 2022 merupakan inisiatif di bawah ‘Cooperative Complience’ bertujuan mewujudkan hubungan yang lebih baik antara pembayar cukai dan pihak pentadbir cukai,” ujarnya.

Kategori ketiga pula ialah kategori pembayar cukai yang dikenal pasti mempunyai risiko pelarian cukai yang mana aktiviti pematuhan seperti audit dan siasatan akan dipertingkatkan terhadap mereka.

“HASiL akan memberi fokus kepada individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai yang dibuat.
“Di bawah undang-undang, HASiL boleh membuka kembali kes bagi tempoh lima tahun kebelakang dan jika ada elemen kecuaian dan penipuan tiada had masa ditetapkan,” jelasnya.

Selain itu, HASiL juga akan meneliti maklumat individu yang menyimpan wang di luar negara yang diterima secara berkala daripada tax authority seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semakan dan risikan akan dilaksanakan bagi memastikan cukai telah dibayar terhadap simpanan yang berada di luar negara, sekiranya simpanan tersebut berpunca atau hasil daripada aktiviti dalam negara,” katanya.

Malah, HASiL turut memberi tumpuan khusus kepada mana-mana individu atau syarikat yang menjana pendapatan melalui aktiviti atas talian.

Individu-individu ini akan dikenalpasti sama ada telah membuat pelaporan cukai terhadap pendapatan yang diterima melalui medium ini.

Sementara itu, HASiL juga akan memberi fokus dan tumpuan kepada kes-kes ekonomi bayangan (shadow economy) kerana aktiviti ini telah mewujudkan kesan besar terhadap jurang cukai negara.

Tumpuan khusus HASiL berkaitan aktviti ini adalah terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan atas nama sendiri atau rakyat tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adalah wajar warga asing yang turut sama menikmati segala kemudahan infra, keselamtan dan pembangunan negara menyumbang kepada hasil negara.
“Jika terdapat cukai yang gagal dilaporkan oleh kumpulan ini penalti yang setimpal akan dikenakan,” ujarnya.

Pada masa sama, HASiL memandang serius ketirisan cukai disebabkan oleh aktiviti antara syarikat yang berkaitan seperti rentas sempadan termasuk transaksi dengan entiti Labuan.

Tambah Abu Tariq, ia bukan kesalahan untuk syarikat membuat perancangan cukai namun jika itu tidak mempunyai manfaat lain selain percukaian, HASiL akan membuat semakan semulan terhadap transaksi tersebut.

Strategi yang terakhir pula, HASiL juga akaan memberi perhatian kepada Institusi, Organisasi dan Tabung yang mendapat status pengecualian di bawah Seksyen 44(6) ACP.

Status ini memberi manfaat potongan cukai kepada mana-mana individu yang menyumbang kepada organisasi-organisasi ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“HASiL akan mengambil tindakan kepada organisasi yang telah tamat tempoh dan organisasi yang sebenarnya tidak mempunyai kelulusan pengecualian,” tambahnya.

Tindakan turut diambil jika wujud unsur penyelewengan dana oleh organisasi seperti menggunakan dana kutipan untuk kepentingan peribadi.

+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd