Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Internet Mahal? Kerajaan Bakal Umum Pakej Jalur Lebar Lebih Rendah!

Tidak dapat dinafikan, mempunyai akses internet yang baik merupakan keperluan bagi setiap lapisan masyarakat bagi memudahkan kerja seharian dapat dilaksanakan dengan baik.

Malah, sejak kebelakangan ini, harga pakej internet yang disediakan oleh syarikat telco di Malaysia agak mahal tambahan pula kos sara hidup yang semakin mencabar.

 

Namun begitu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan jalur lebar talian bakal memperkenalkan harga baharu dengan lebih rendah berbanding sebelum ini dalam tempoh kurang seminggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita gembira ini sudah semestinya menggembirakan hati dan meringankan beban orang ramai terutamanya golongan kurang kemampuan untuk membelanjakan kos tersebut pada setiap bulan.

Setakat ini, TM Malaysia dan Maxis pula menawarkan pakej 30Mbps  pada harga RM89 sebulan namun, selepas ini pengguna akan berkemungkinan mendapatkan harga lebih rendah daripada RM89.

Sumber: Facebook @KELANTANfm

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd