Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hantar Dapur Ke Turkiye, Salt Bae Hidang 5,000 Makanan Sehari Untuk Mangsa

Cef selebriti, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce memaklumkan dia berjanji akan membekalkan 5,000 hidangan makanan sehari khas buat mangsa gempa bumi di Turkiye.

Menurut laporan Kosmo, cef yang berusia 39 tahun itu menganggap makanan adalah bantuan yang paling penting buat mangsa  memandangkan beribu-ribu penduduk telah hilang tempat perlindungan selepas pasca gempa bumi yang terkuat dalam sejarah.

Difahamkan juga, angka kematian telah mencecah lebih 35,000 kelmarin namun, masih ramai yang terperangkap dibawah runtuhan yang belum dapat dikeluarkan oleh pihak penyelamat.

Bukan itu sahaja, Salt Bae akan menghantar dapurnya ke Turkiye bagi memulakan misinya bagi menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan semua, Salt Bae popular dengan sikapnya yang suka mencari perhatian ramai pernah dikecam kerana gelagatnya ketika penghujung perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Emiriyah Arab Bersatu.

Mana tidaknya, dia sahaja individu yang dibenarkan masuk ke padang untuk ‘berselfie’ bersama bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi bersama dengan trofi kejohanan.

Sumber: Kosmo 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd