Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hampir 300 Pasangan Malaysia Nikah Di Selatan Thailand Setiap Bulan

Hampir 300 pasangan Malaysia Nikah di Selatan Thailand setiap bulan dan membuat pengesahan dokumen pernikahan mereka di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.

Kebiasaannya poligami, bakinya tentangan keluarga

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Bernama, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi memberitahu bahawa pihaknya tidak mempunyai pecahan secara khusus terhadap pasangan yang bernikah di Thailand ini, sama ada mereka pasangan muda atau golongan ternama (VVIP) atau pun mempunyai tujuan khusus seperti berpoligami atau ‘kahwin lari’.

“Secara purata jumlahnya antara 250 hingga 300 pasangan setiap bulan dan nisbahnya adalah antara 60:40 yang mana 60 itu lebih kepada tujuan berpoligami manakala bakinya membabitkan tentangan keluarga atau isteri pertama dan ada juga disebabkan bernikah dengan warga Thailand.
“Purata anggaran itu adalah membabitkan pernikahan yang dilangsungkan di lima wilayah utama di Selatan Thailand iaitu di Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun. Pasangan yang bernikah di Bangkok pula, boleh ke Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok untuk tujuan yang sama,”
“Harus diingatkan, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia tidak sesekali terbabit menjalankan pernikahan mereka. Sebaliknya, tugas kita adalah untuk memastikan dan ‘endorse’ dokumen pernikahan yang ditampilkan setiap pasangan hadir ke pejabat konsulat adalah sah dan pasangan berkenaan sudah pun dinikahkan,” katanya.

Hampir 300 pasangan Malaysia setiap bulan

Menurut Ahmad Fahmi lagi sewaktu ditemui di sambutan Hari Melayu atau ‘Malay Day’ di Sanam Chang Phueak Park, Yala, setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga di negara terbabit perlu ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia untuk membuat pengesahan berkenaan pernikahan mereka.

Ia bagi membolehkan pasangan berkenaan membuat pendaftaran di Selatan Thailand sebelum melakukan hal yang sama untuk kali kedua di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengesahan ini penting kerana kita perlu memastikan dokumen yang ditampilkan adalah sah, selain mengelakkan cubaan penipuan daripada sindiket (pengatur) pernikahan.
“Sebagai contoh, terdapat kes ada sindiket yang mendakwa menguruskan pasangan yang dikatakan bernikah di Thailand namun apabila diteliti, pasangan berkenaan belum lagi bernikah dan tidak hadir pun ke negara ini untuk bernikah serta masih berada di Malaysia.
“Sudah tentulah pernikahan itu perlu didaftarkan semula di Malaysia dan ia juga akan membabitkan denda tetapi tidak dinafikan ramai pasangan yang hadir ke pejabat kami mengemukakan dokumen pernikahan mereka di negara ini untuk didaftarkan,” katanya.

sekadar gambar hiasan

Tambahnya, pendaftaran pernikahan itu sangat penting kerana dibimbangi jika mereka mempunyai anak perempuan, akan mengalami masalah sewaktu ingin berumah tangga memandangkan status wali yang tidak jelas kerana perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan di dalam negara.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd