Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Grab Malaysia Simpati, Sumbang RM 1 juta Untuk Program Bantuan Kemanusiaan Gaza

Grab Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan mereka ‘sumbang’ bantuan kewangan bernilai RM1 juta bagi memenuhi keperluan penduduk di Gaza yang terkesan akibat konflik Palestin-Israel.

Grab sumbang RM1 juta untuk Gaza

Dalam kenyataan tersebut, perkhidmatan e-hailing itu juga mengutuk sebarang tindakan keganasan yang mengancam kemanusiaan.

Susulan itu, Grab Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan MERCY Malaysia untuk menyalurkan bantuan dan sokongan kepada Tabung Bantuan Palestin.

Difahamkan, Grab Malaysia telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan MECY Malaysia sejak 2021 bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan di Malaysia. Ini termasuklah tabung bantuan banjir dan pengurusan bencana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi mengatasi keperluan mendesak yang dihadapi oleh komuniti rentan yang terjajas di Gaza, berikutan konflik yang berterusan, Grab Malaysia akan menyumbang bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui MERCY Malaysia,”menurut kenyataan.

Grab sumbang Gaza

Pengguna boleh sumbang

Tambah kenyataan, orang ramai boleh turut serta menyalurkan bantuan kewangan menerusi aplikasi Grab dengan menggunakan GrabPay atau menukarkan GrabRewards mereka.

Pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usahawa MERCY Malaysia. Sekali gus menyumbang untuk membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan individu yang terjejas.

Selain itu, bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini.

Dalam kenyataan yang sama, Grab Malaysia komited menyasarkan bantuan kemanusiaan bagi memenuhi keperluan yang diberi keutamaan melibatkan penyediaan akses kepada perubatan, makanan dan bekalan air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat berkenaan juga mengulangi komitmen terhadap prinsip kemanusiaan dan keamanan serta menentang sebarang kegansan yang melanggar hak asasi manusia.

Sumber: FB Grab

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd