Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gigi Hadid Restu Hubungan Cinta Selena Gomez Dan Zayn Malik

Penyanyi popular, Selena Gomez dan Zayn Malik telah mengejutkan ramai apabila mereka dilihat keluar makan bersama-sama sebelum ini telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Menurut laporan US Magazine, pada Khamis lalu, Zayn jalan bersama-sama dengan Selena secara berduaan di sekitar SoHo di New York City, Amerika Syarikat sambil berpegangan tangan dan berciuman.

 

Bukan itu sahaja, kedua-dua selebriti tersebut saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram namun, masih mengunci mulut sehingga kini mengenai status hubungan mereka memandangkan ia sudah mula tular di laman sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, bekas kekasih kepada Zayn Malik iaitu Gigi Hadid seakan-akan memberi bayangan memberi sokongan kepada pasangan tersebut.

Menurut sumber, selain memberi restu, Gigi berharap agar Zayn menjadi bapa yang baik kepada anaknya kelak.

“Gigi tiada masalah apa pun dengan pasangan Zayn. Selama dia bahagia dan terus menjadi bapa yang baik kepada anak-anak mereka dia baik-baik sahaja untuk pasangan Zayn,” katanya.

Sekadar info, Gigi dan Zayn telah menjalinkan hubungan pada 2015 akan tetapi memutuskan hubungan dan kemudiannya bercinta semula pada tahun 2020.

Hasil hubungan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun, jalinan cinta yang terjalin akhirnya terputus di pertengahan jalan pada tahun 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: US Magazine (Kat Pettibone)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd