Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BUDI95 Bakal Cetus Gelombang Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

Pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dijangka mencetus gelombang kesedaran keselamatan jalan raya, khususnya kepada pemilik dan pengguna kenderaan persendirian yang tidak memiliki lesen memandu sah.

Aktivis keselamatan jalan raya dan pengangkutan mampan, Shahrim Tamrin berkata inisiatif itu akan memberi kesan langsung kepada tiga kategori utama pengguna iaitu pemilik kenderaan tanpa lesen, individu yang gagal memperbaharui lesen memandu tamat tempoh lebih tiga tahun, serta mereka yang tidak pernah memiliki lesen sama sekali.

Beliau yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berkata tiga golongan berkenaan sangat banyak di bandar kecil, desa atau kawasan pendalaman dan ladang.

Gelombang kesedaran keselamatan jalan raya

Gelombang kesedaran keselamatan jalan raya

Beliau berkata keadaan itu berpunca daripada ketiadaan kawalan ketat dalam industri automotif yang membenarkan kenderaan persendirian dibeli tanpa memerlukan pembeli menunjukkan lesen memandu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sudah menjadi amalan sekian lama dalam industri automotif, dengan tiada kawalan oleh kerajaan bahawa tiada larangan dikenakan bagi mana-mana individu tanpa lesen memandu atau menunggang untuk membeli kereta atau motosikal persendirian daripada pengedar kenderaan baharu atau terpakai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrim berkata, kelemahan penguatkuasaan terhadap keperluan memperbaharui cukai jalan dan insurans juga memburukkan lagi keadaan, dengan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan perbezaan ketara antara jumlah pembelian kenderaan dan pembaharuan cukai jalan sejak tujuh tahun kebelakangan.

Beliau berkata, kenyataan terbaharu JPJ bahawa terdapat 2.3 juta lesen memandu tidak aktif, turut mendedahkan sikap ambil mudah masyarakat terhadap kepentingan memiliki lesen yang sah.

Artikel lain: MoF Perjelas Isu RON95: Tiada Had Harian, Kuota 300 Liter Sebulan Mencukupi

Gelombang kesedaran keselamatan jalan raya

“Dengan pengenalan BUDI95 ini secara langsung dan tidak langsung bakal memaksa pengguna jalan raya yang degil tanpa lesen yang aktif melebihi tiga tahun, menduduki semula ujian lesen memandu.
“Jika mekanisme BUDI95 berjalan lancar seiring dengan pengkalan data JPJ yang mantap untuk 24 bulan seterusnya, saya jangkakan kesan secara berangkai terhadap golongan yang degil termasuk golongan T15, yang akan terpaksa mengikut arus dengan memastikan lesen memandu dan cukai jalan mereka aktif,” katanya.

Shahrim juga berkata, BUDI95 dilihat antara petanda awal bahawa kerajaan mungkin akan merangka satu undang-undang baharu untuk memastikan sesiapa yang ingin membeli kenderaan harus mempunyai lesen memandu atau menunggang yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter menerusi penyasaran subsidi di bawah program BUDI95.

Menurut Kementerian Kewangan, sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis pada 27 Sept manakala bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 Sept diikuti 30 Sept bagi 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad serta lesen memandu aktif.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd