Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gagal Bahagi Masa, Jang Gyuri Ucap Selamat Tinggal Dunia ‘Idol’

Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Jang Gyuri mendedahkan dia terpaksa meninggalkan dunia nyanyian disebabkan gagal membahagikan masanya sebagai penyanyi dan juga pelakon.

Jelasnya, jadualnya sebagai pelakon adalah sangat padat membuatkan dia tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang nyanyian malah, sering bertindih dengan penggambaraannya.

View this post on Instagram

A post shared by 장규리 (@gyurious_j)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada ketika sibuk berlakon, kumpulan kami juga dalam persiapan untuk promosi kemunculan semula dan acara bertemu peminat. Meskipun rasa sudah buat yang terbaik tetapi saya tetap rasa banyak kekurangan,” katanya.

Kata penyanyi kumpulan fromis_9 itu lagi, dia sanggup meninggalkan dunia nyanyian disebabkan lakonan merupakan impiannya sejak dahulu lagi.

View this post on Instagram

A post shared by 장규리 (@gyurious_j)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia menegaskan tidak boleh memberi fokus terhadap dua kerjaya dan mahu berbakti sepenuhnya dalam karier lakonan.

“Ramai cakap saya boleh fokus untuk dua-dua bidang ini tetapi sebenarnya saya mahu curahkan sepenuhnya minat terhadap kerjaya impian saya iaitu berlakon,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram

A post shared by 장규리 (@gyurious_j)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd