Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gabenor Bali Minta Pelajar Jangan Tonton Upin & Ipin, Sokong Rancangan Tempatan

Gabenor Bali, Wayan Koster menggesa pelajar di pulau peranginan menyokong dan mengutamakan filem dan kartun tempatan berbanding rancangan Malaysia, Upin Ipin.

Jelasnya, lebih baik menonton filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya mereka daripada negara lain demi kepentingan bersama.

“Orang muda biasanya suka menonton, animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi.. Lebih baik sokong filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya kita,” katanya.

Beliau menyatakannya dalam ucapan pada majlis anugerah pertandingan esei filem, yang diadakan di dewan Dewan Perundangan Wilayah Bali baru-baru ini.

Umum sedia maklum, siri animasi Upin Ipin berunsurkan pendidikan dan budaya yang sering mendapat tempat serta popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Wayan turut menegaskan budaya Bali perlu dipelihara meskipun dunia kini dalam arus kemajuan teknologi dan pemodenan.

Sekadar info, Bali mempunyai penduduk yang pelbagai dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd